combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekas pegawai tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Azman Jamaluddin, 79, (kanan) bersama warga emas kelahiran Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, Dr Abdul Hakim Arifin, 67, bergambar selepas masing-masing berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada sesi kedua Majlis Konvokesyen ke-69 di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM hari ini.
Dua warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu apabila menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-69 di sini hari ini.
Bekas Pegawai Tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Jamaluddin, 79, yang merupakan graduan Doktor Falsafah (PhD) paling tua menyifatkan perjalanan selama 10 tahun untuk menamatkan pengajian dalam bidang Kaunseling dan Psikologi mempunyai cabaran tersendiri.
“Perjalanan PhD yang bermula pada 2015 tidak mudah, malah mengambil masa panjang akibat pelbagai tekanan termasuk masalah kewangan dan beban penulisan tesis sehingga menyebabkan saya hampir berputus asa,” katanya ketika ditemui selepas konvokesyen itu.
Bapa kepada empat anak dan 15 cucu itu berkata sokongan penyelia, isteri dan keluarga memberi semangat kepada beliau untuk menghabiskan proses pembelajaran, selain bersyukur menerima tajaan Jabatan Agama Islam Johor serta bantuan zakat UTM yang meringankan beban kewangan dihadapinya.
Sementara itu, Dr Abdul Hakim Arifin, 67, dari Flores, Indonesia bersyukur menerima PhD dalam bidang Falsafah Arab walaupun berdepan cabaran kewangan dan komitmen keluarga selepas memulakan pengajian pada 2016.
“Belajar bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga manfaat kepada semua selain menuntut ilmu juga tuntutan agama,” katanya yang berhasrat terus berkhidmat dalam bidang pendidikan di Malaysia dan Indonesia.
Sementara itu, Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi, 29, membuktikan masalah pendengaran dihadapinya bukan penghalang untuk menamatkan pengajian PhD dalam Pendidikan Tahfiz, selain turut dianugerahkan Pelajar Terbaik Pascasiswazah.
Muhammad Dhiauddin dari Temerloh, Pahang berkata sokongan keluarga termasuk isteri Siti Sarah Mohd Noor Haq Poh, 29, sebagai antara kunci kejayaan beliau, yang juga diuji dengan masalah pita suara sepanjang empat tahun menyiapkan tesis.
“Sejak kecil lagi saya mempunyai masalah pendengaran sebelah kiri yang disedari kerana bila ada yang memanggil dari jauh, saya tidak dapat memastikan dari mana panggilan datang.
Usia Bukan Penghalang Dua Warga Emas Genggam PhD
UTM, PhD, warga emas, kewangan, pendengaran, pend