BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usia Emas Bukan Penghalang Terus Berbakti - Lee Lam Thye

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
b9ffcd32b876bf78b61b9738e6655f64664da233d1423

Tan Sri Lee Lam Thye
--fotoBERNAMA


Penganjuran MyWellFair: Supporting Mental Well-being Together - Rewire­ment Not Retirement hari ini menampilkan pendekatan rewirement bagi memperkasakan warga emas supaya kekal aktif dan terus menyumbang kepada masyarakat walaupun telah meninggalkan alam pekerjaan.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata pendekatan itu menekankan perubahan minda bahawa persaraan tidak seharusnya mengehadkan kemampuan warga emas untuk terus berperanan dan memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Saya percaya bahawa warga emas satu golongan yang istimewa atas khidmat mereka dalam pelbagai bidang. Mereka telah memperoleh banyak pengalaman dan harus berkongsi pengalaman dengan anggota masyarakat terutamanya golongan muda-mudi,” katanya kepada Bernama pada program itu di sini.

Persidangan yang disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut memberikan peluang kepada warga emas berinteraksi, terlibat dalam aktiviti komuniti dan menawarkan khidmat mereka kepada pihak yang memerlukan.

Lee yang kini berusia 79 tahun dan bakal mencecah 80 tahun berkata usia bukan halangan untuk terus berbakti.

“Sungguhpun saya boleh dianggap sebagai seorang yang berusia, tetapi saya rasa bahawa saya masih ada minat dan semangat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat kerana saya mempunyai banyak pengalaman apabila bertugas di dalam Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Saya yakin bahawa sumbangan saya akan memberikan banyak manfaat kepada golongan memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pengasas Third Age Media Association Cheah Tuck Wing dalam ucapannya  berkata persepsi umum terhadap persaraan sering membawa kepada kehilangan jati diri, pengasingan sosial dan kemerosotan kesihatan mental.

“Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, prevalens masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa di Malaysia meningkat kepada 29.2 peratus, hampir tiga daripada 10 rakyat Malaysia, dan walaupun perkara ini menjejaskan semua kumpulan umur, kesannya amat ketara dalam kalangan warga emas,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register