BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahawan Komersialkan Tanaman Maman, Pacu Sektor Pertanian Tempatan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
073618c484331bb60b52294d9717b7a369c348d89e41c

3fce99e0912c491d25024fa6c603330069c349bc2f16f

0a1372197639e2749008a835bfcb12b069c349cf3f4d9

58d03f78c7a573055dbd8d83ea6e96a569c349e3611bf

ef8614952bc6d049364ef9571f5e858f69c349f8954bb

09bd1335f11d2f196d615139032daf9b69c34a0f8c9b4

Usahawan muda Alif Dzulfarhan Mohamad Shaharudin menunjukkan tanaman maman matang untuk dijual kepada pelanggan di Nourish Farm, Batu Kikir baru-baru ini.

Tanaman maman yang dikenali sebagai sayuran tradisional kini dilihat berpotensi dikomersialkan susulan peningkatan permintaan dalam kalangan pengusaha makanan, sekali gus membuka peluang kepada petani mengusahakannya secara lebih sistematik dan berskala besar.

Alif Dzulfarhan, 36, antara usahawan yang berjaya memanfaatkan peluang apabila mengembangkan tanaman itu daripada kebun kecil kepada operasi pertanian seluas kira-kira 10 ekar, dengan pengeluaran mencecah ratusan kilogram setiap minggu.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tanaman maman yang dikenali sebagai sayuran tradisional kini dilihat berpotensi dikomersialkan susulan peningkatan permintaan dalam kalangan pengusaha makanan, sekali gus membuka peluang kepada petani mengusahakannya secara lebih sistematik dan berskala besar.

Usahawan muda Alif Dzulfarhan Mohamad Shaharudin, 36, antara yang berjaya memanfaatkan peluang apabila mengembangkan tanaman itu daripada kebun kecil kepada operasi pertanian seluas kira-kira 10 ekar, dengan pengeluaran mencecah ratusan kilogram setiap minggu.

Mengusahakan ladang dikenali sebagai Nourish Farm, anak jati Semenyih, Selangor itu berkata beliau mula menceburi bidang pertanian selepas berpindah ke Batu Kikir pada 2013, dan pada awalnya mengusahakan kilang makanan ruminan keluarga sebelum memberi tumpuan kepada sektor tanaman sayur.

“Selepas kilang makanan itu stabil, saya mendapat peluang mengusahakan tanah pajakan kerajaan dan mula menanam beberapa tanaman seperti pisang, terung serta sayur jangka pendek.

“Sekitar 2017 saya mula memberi fokus kepada tanaman maman selepas melihat permintaan terhadap sayuran tradisional ini agak konsisten terutama dalam kalangan pengusaha makanan tempatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bapa kepada dua anak itu berkata tanaman maman mempunyai tempoh matang yang singkat iaitu sekitar 23 hingga 25 hari sebelum boleh dituai, membolehkan pengeluaran dilakukan secara berperingkat bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Alif Dzulfarhan berkata ladangnya kini mampu menghasilkan kira-kira 500 kilogram maman setiap minggu atau sekurang-kurangnya dua tan sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan termasuk restoran, peniaga makanan serta pemborong di negeri ini selain Bangi, Kajang dan Shah Alam.

Menurutnya, harga maman dijual sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram bergantung kepada jumlah tempahan dengan hasil jualan boleh mencecah antara RM13,000 hingga RM15,000 sebulan pada hari biasa dan meningkat hingga kira-kira RM30,000 ketika permintaan tinggi seperti musim perayaan.

 
Back
Top
Log in Register