BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usaha bendung H1N1 dipertingkat

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUCHING: Sarawak bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua Influenza A (H1N1) yang dijangka mula melanda bulan ini.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, kerajaan negeri akan memastikan persiapan serta usaha pembendungan penularan wabak itu akan dipertingkatkan lagi.

Menurut beliau, pemeriksaan di semua pintu masuk utama dan sempadan negeri ini akan diperketatkan bagi mengekang penularan wabak gelombang kedua H1N1.

“Seperti yang kita jangka, gelombang kedua H1N1 akan berlaku bulan ini (Oktober).

“Pada masa yang sama, kemungkinan gejala seperti penyakit influenza (ILI) pasti juga akan meningkat.

“Sehubungan itu, saringan pemeriksaan kesihatan pelawat di semua lapangan terbang negeri ini dan langkah berjaga-jaga akan terus digandakan bagi meminimumkan penularan jangkitan wabak tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sidang media situasi terkini wabak H1N1 dan jerebu di Sarawak.

Ogos lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik sebagai berkata, Malaysia berkemungkinan akan berdepan dengan gelombang kedua virus berkenaan pada Oktober, November dan Disember ini kerana musim tengkujuh dijangka mempercepatkan penularan wabak itu.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, gelombang kedua mungkin membawa kesan yang agak membimbangkan memandangkan ia berlaku pada musim tengkujuh.

Katanya, ini kerana udara sejuk dan lembap semasa musim tersebut dikhuatiri akan mempercepatkan jangkitan itu dan peningkatan kes ILI sehingga penghujung tahun ini.

“Perkara seperti ini bukannya mudah seperti yang kita jangkakan… jadi kita harap orang ramai tidak ambil mudah atau sambil lewa dengan perkara ini, utamakan aspek kesihatan dan jangan sesekali abaikannya, bersedia hadapi gelombang kedua H1N1,” katanya.

http://www.theborneopost.com/?p=59019
 
Back
Top
Log in Register