BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usah pertikai solat atas pasir

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.png


Kumpulan peserta Street Dakwah bersolat di atas pasir di Teluk Chempedak.
< 1 / 1 >
KUANTAN - Program Street Dakwah anjuran Hidayah Centre yang memperlihatkan sebahagian peserta mereka bersolat di atas pasir dipertikai beberapa individu di Facebook yang mendakwa tidak sesuai kerana masih banyak tempat solat disediakan.

Melalui program itu, beberapa peserta dilihat bersolat di atas pasir, beberapa meter dari tembok batu sambil diperhatikan orang ramai yang berkelah dan bersantai di Pantai Teluk Chempedak.

Mereka juga dilihat janggal dan dikatakan tidak sesuai melakukan ibadah solat di tempat awam malah ada yang mendakwa perbuatan itu boleh menimbulkan riak dalam kalangan peserta terbabit.

Pengerusi Hidayah Centre Pahang, Zuraidi Ismail berkata, program berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa solat adalah ibadah wajib.

Katanya, sebagai umat Islam, diharuskan untuk solat di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih daripada najis dan bersolat di atas pasir itu tidak pelik malah sudah menjadi kebiasaan di luar negara.

“Kebetulan program kami di tepi laut dan ini adalah peluang yang jarang dilakukan termasuk berwuduk dengan air masin dan melekit serta di atas pasir tanpa sejadah,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman berkenaan turut mendapat reaksi positif daripada masyarakat bukan Muslim dan peserta Street dakwah itu menerima banyak pertanyaan daripada mereka.

“Ada yang baru tahu bagaimana cara umat Islam bersolat dan kita mengambil kesempatan ini untuk mendekati dan memberitahu secara jelas mengenai keindahan Islam yang juga agama rasmi negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, cara terbaik ialah melakukan ibadah di masjid atau surau tetapi Islam tidak pernah melarang umatnya solat di padang atau pantai atau lokasi yang difikirkan sesuai mengikut keadaan masing-masing.

Zuraidi berkata, program seperti itu turut dilaksanakan di luar negara dan berjaya menarik orang ramai untuk bertanya mengenai solat termasuk umat Islam sendiri.

Street Dakwah membabitkan sukarelawan Hidayah Centre diadakan di Pantai Teluk Chempedak pada 16 September lalu bagi menarik lebih ramai golongan muda memahami Islam dan mengamalkan tuntutan agama.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/usah-pertikai-solat-atas-pasir-1.319456
 
Bagus.
Benda ni penting.
Nanti kalau ada rezeki dapat pegi oversea, senang nak solat
 
Hanya org yg jahil jer yg banyak komen bukan2.. Usaha yg bagus dlm dakwah org bukan islam.
 
solat tempat terbuka ni..perlu latihan ooo...
tidak kalu, kita lebih mudah utk tinggalkan solat...

teringat masa solat kat disneyland hongkong...
terasa mcm 1 disney tu tengok kita.:D
 
kurang2 yg pegi mandi kt pantai 'terasa' sikit yg nk bersolat kt memane pun bole..kdg ada org tatau..klu aku slalu alas suratkhabar jer..pastu smyg..
 
kurang2 yg pegi mandi kt pantai 'terasa' sikit yg nk bersolat kt memane pun bole..kdg ada org tatau..klu aku slalu alas suratkhabar jer..pastu smyg..

Ntah2 yg pertikai tu mmg org yg x solat.. Tu yg terasa pedas tu..

Solat tak alas apa2 pon xpe..
 
Solat adalah di mana2 sahaja. Kadang di penjuru kedai makan di middle east ada letak sejadah sesiap untuk sesiap nak solat.
 
solat itu satu kewajipan jadi tak perlulah nak pertikaian tempat mana yang nak besolat janji tempat itu bersih dari najis...kalau kat luar negara dah tak heran pun.
 
Back
Top
Log in Register