BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Urusan Visa Dan Penerbangan Terus Malaysia-Rusia Harus Dipercepat - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,156
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,156
Reaction score
346
Points
141

Urusan Visa Dan Penerbangan Terus Malaysia-Rusia Harus Dipercepat - Anwar​

62aa357525a6e3ab585626f3de4a01ad6a3406290a455


Urusan berkaitan kemudahan perjalanan tanpa visa serta penerbangan terus Malaysia dan Rusia perlu disegerakan bagi meningkatkan jumlah pelancong Rusia ke Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media Malaysia pada sidang akhbar penutup selepas lawatan kerja dua hari beliau ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di sini, Anwar berkata jumlah pelancong Rusia ke Malaysia masih rendah berbanding negara lain yang mempunyai hubungan baik dengan Moscow.

"Terdapat lima juta pelancong (dari Rusia) setiap tahun ke Turkiye, dua juta ke Thailand. Tetapi, mengapa hanya 100,000 pelancong ke Malaysia?

“Isu penerbangan, isu pembayaran, bentuk pembayaran yang menjadikannya sukar. Kadangkala kita tersekat dengan prosedur lama, kuno, dan terlalu bimbang akan kemungkinan tanggapan dan reaksi negatif negara lain,” kata beliau.

Anwar berkata perkara sama turut melibatkan negara lain termasuk Iran dan isu itu tidak seharusnya dihalang oleh kebimbangan terhadap reaksi negara tertentu.

 
Back
Top
Log in Register