BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Upline bimbang dibelasah pelabur lepas syarikat MLM 'bungkus'

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Picture 3.jpg


KOTA BHARU: "Saya sering keresahan setiap hari kerana bimbang dibelasah pelabur yang datang menuntut modal mereka yang hangus dalam satu skim cepat kaya," luah Mat, 50-an, yang turut menjadi mangsa penipuan dalam skim tersebut.

Mat, yang merupakan seorang penjawat awam, berkata lebih menyedihkan beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayar secara ansuran sebanyak RM38,000 kepada 10 orang pelabur yang melabur di bawahnya sejak beberapa bulan lepas setelah syarikat pelaburan itu 'bungkus' pada April lepas.

"Pada mulanya, saya hanya menyertai pelaburan di syarikat ini secara bersendirian pada November lepas dengan membeli 10 lot saham berjumlah RM3,500, namun apabila ada rakan yang melihat pelaburan saya mula mendatangkan keuntungan, mereka mula menunjukkan minat sebelum membuat pelaburan di bawah saya.

"Secara automatik, saya dilantik menjadi 'ketua kecil' bagi kumpulan tersebut. Sebelum melabur, mereka semua faham dan sanggup menanggung risiko tinggi jika syarikat ditutup, namun sekarang semuanya terbalik apabila ada segelintir pelabur daripada kumpulan tersebut yang mendesak saya mengembalikan modal mereka," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Mat berkata akibat desakan itu, beliau terpaksa mengeluarkan sejumlah wang simpanannya di bank bagi membayar kembali modal yang hangus kepada pelabur di bawahnya selain terpaksa membayar secara ansuran kepada beberapa pelabur lain apabila menerima gajinya.

"Sehingga kini, saya terpaksa membuat bayaran kepada pelabur di bawah saya.

Ini merupakan kali pertama saya sertai skim ini. Dua bulan pertama sertai pelaburan ini pada tahun lepas, saya sempat merasa pulangan pelaburan sebanyak RM2,000, namun tidak menerimanya pada bulan ketiga dan seterusnya.

"Saya mula berasa tidak sedap hati dan apabila menghubungi pengurus kawasan, pelbagai alasan diberi oleh pengurus berkenaan mengenai keuntungan yang dijanjikan sehinggalah mengetahui cerita sebenar selepas beberapa orang ditangkap pihak polis baru-baru ini," katanya.

Mat mendakwa dalam tempoh tertentu, pengurusan tertinggi syarikat akan mengadakan pertemuan dengan pengurus kawasan di lokasi-lokasi tertentu, dan ketika pertemuan diadakan, pengurus kawasan akan menyerahkan wang pelaburan dikumpul di kawasan mereka kepada pengurusan tertinggi syarikat.

"Seorang rakan saya yang turut menjadi 'ketua kecil' bagi kumpulannya di Tanah Merah pernah menyerahkan wang tunai sebanyak RM500,000 kepada pengurus kawasan yang turut menguruskan kumpulan saya, namun difahamkan duit berkenaan tidak pernah diserahkan kepada pengurusan syarikat.

"Malah, sebelum syarikat itu menutup operasinya, pengurus kawasan yang sama turut mengadakan makan malam di sebuah hotel di sini dan beberapa rakan turut menyertai skim berkenaan dengan jumlah pelaburan mencecah RM50,000 tanpa mengetahui cerita sebenar," katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Saufi, 45, berkata beliau kerugian RM7,000 selepas membeli sebanyak 20 lot saham daripada syarikat itu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan pada awal 2015.

Saufi berkata pada awalnya membeli lapan lot saham berjumlah RM2,800 tetapi selepas dua bulan menerima bayaran keuntungan sebanyak RM1,600, beliau akhirnya menambah 12 lot saham bernilai RM4,200 kerana memikirkan untung yang bakal diperoleh sekiranya melabur dalam jumlah yang lebih banyak.

"Saya membuat pembelian saham menggunakan nama isteri serta adik-beradik dengan niat mahu menambah pendapatan mereka.

"Saya turut disyorkan oleh wakil syarikat terbabit supaya 'menarik' sanak saudara terlebih dahulu supaya menyertai skim terbabit ketika pertama kali membeli saham tersebut," kata Saufi yang juga seorang peniaga.

Saufi yang berasal dari Kampung Sireh di sini, berkata beliau mula menyedari ditipu apabila orang tengah yang sering dihubungi menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

Beliau berkata apa yang dibimbangkan ialah sanak saudara yang turut melabur sering bertanyakan hal terbabit kepadanya sehingga menyebabkan dia tertekan.

"Walaupun seakan sudah berputus asa dan tahu wang sudah dilesapkan namun saya sebenarnya masih berharap agar wang yang dilaburkan itu diperoleh semula," katanya kepada Bernama.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/08/12/upline-tertekan/
 
Mmg patut pn kena upline2 ni sbb dorg la rmai org terjebak dgn pujuk rayu ..janji2 manis...tu semua keje upline....mustahil la upline x tau skim tu satu penipuan...bnde dh lama since skim cpt kaya pak man telo...swisscash lg dorg tau psl ni.
 
melayu...esok kuar benda kejadah lain, beduyun2 pegi masuk beramai2. ayat paling keramat "skim ini lain bang, mustahil menipu".

choi la melayu...
 
Tak pernah serik nak cepat kaya depa ni..
 
Join ler mlm ori cam amway, cosway, cni, hai o dll.. Br ler ok.. Ni join yang nak kaya kan dah kono..
 
Byk lg investment lain yg benar2 genuine...listed lg kat main board, itu pun pun x nak percaya...tapi peliknya depa ni mudah pulak kena tipu dgn skim2 tipu yg mcm ni...haizzz...
 
2 kena beringat sebelum join program2 high risk ni..ukur baju dibadan sdri,kena faham bab pelaburan high risk ni..nama pun high risk kan..klu jiwa kental boleh la join..pesanan sy tuk kalau rasa terliur jgk nk join high risk jgn laburkan 100% simpanan anda..join hanya 20-30% sahaja dr simpana anda..klu lebur xla merana sgt...
 
Back
Top
Log in Register