BTC USD 83,330.9 Gold USD 4,177.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(updated) harga minyak malaysia sepatutnya...?

Kos produk (MOPs) -2014 = RM 1.67
Alpha parameter = RM0.05
Kos operasi = RM0.10 (anggaran aku)
Margin sykt minyak = RM0.07 (anggaran aku)
Margin stesen minyak = RM0.13 (anggaran aku)
Cukai jualan = tiada

Jumlah harga minyak = RM2.02se liter

betul ke ahmad maslan aku punya anggaran ni..???
 
yang aku tau bila harga minyak malaysia dah naik, memang payah nak turun :p
 
cukai jualan? bersandarkan cukai ni saja gomen boleh subsidikan harga 27% dari harga jualan RM 0.5862/RM 2.1487

ahmad maslan kata cukai jualan tidak dikenakan pada ketika ini dan saat ini..
 
Kos produk (MOPs) -2014 = RM 1.67
Alpha parameter = RM0.05
Kos operasi = RM0.10 (anggaran aku)
Margin sykt minyak = RM0.07 (anggaran aku)
Margin stesen minyak = RM0.13 (anggaran aku)
Cukai jualan = tiada

Jumlah harga minyak = RM2.02se liter

betul ke ahmad maslan aku punya anggaran ni..???

mungkin...

yg penting cara ko kira kat depan mmg salah.
tu harga mentah semata2..

ibarat sebuah syrikat perabot..
menghasilkan 1 set meja makan..
harga kos meja makan RM200..
pastu jual kat pengedar pun RM200..
pastu pengedar pun jual kat pembeli pun rm200...
so mana untungnya pengeluar? mana untung pengedar?
ingat buat welfare ke?

analogi je..
 
Last edited:
RON95 turun jika minyak mentah US$70 setong

7:26PM Nov 16, 2014

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.

Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di Alor Gajah, hari ini.

Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.

Ahmad berkata beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.

"Kenapa tidak perlu cukai jualan ini kerana pada saat dan ketika ini pun kita tidak mengenakan cukai jualan," katanya.

Dalam pada itu, katanya sekiranya harga minyak berkenaan diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan.

- Bernama
 
cukai jualan? bersandarkan cukai ni saja gomen boleh subsidikan harga 27% dari harga jualan RM 0.5862/RM 2.1487

tu belom campur cukai minyak mentah dr laut masuk ke refinery/kapal untuk diproses....ada kena cukai jugak tu, jgn tak tau
 
hihihi....menegakkan benang yg basah
 
mungkin...

yg penting cara ko kira kat depan mmg salah.
tu harga mentah semata2..

ibarat sebuah syrikat perabot..
menghasilkan 1 set meja makan..
harga kos meja makan RM200..
pastu jual kat pengedar pun RM200..
so mana untungnya pengeluar? mana untung pengedar?
ingat buat welfare ke?

analogi je..

sebab tu diajukan pertanyaan dgn tanda soal dihujung soalan... atleast bila buat salah aku suka diperbetulkan anyway tq for sharing info..
 
Negara pengeluar x berhak jual minyak ikut harga semasa, kena rendah lagi. Andai kata harga turun 75usd setong aku rasa harga terbaik untuk malaysia sekitar rm1.60-rm1.70/liter
 
Negara pengeluar x berhak jual minyak ikut harga semasa, kena rendah lagi. Andai kata harga turun 75usd setong aku rasa harga terbaik untuk malaysia sekitar rm1.60-rm1.70/liter

kita bukan negara pengeluar, kita negara penyamun...
 
Back
Top
Log in Register