BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE : Thread Langkawi Untuk Keluarga

arang67

Super Active Member
Messages
6,618
Joined
Apr 27, 2009
Messages
6,618
Reaction score
362
Points
81
okay dah selamat pergi dan pulang

so mane yang pening lalat ni boleh la refer thread ni
aku pergi 15th-18th december 2015 weekdays
masa naik feri full je..tapi bila kat sana xde la sibuk mana...kecuali area cable car..maybe ramai berkumpul kat sana kot

waktu pergi pagi jam 8 pagi
balik kul 10 pagi
hari : selasa - jumaat


naik dari kuala perls

KOS :

PARK KERETA BERBUMBUNG DI KUALA PERLIS
Sehari : RM15

FERI
- naik dari kuala perlis. aku beli online so xyah beratur..masa sampai jetty kuala perlis pun aku tengok tak ramai pun beratur beli tiket. mungkin sebab aku naik yang pukul 8 pagi takpun sebab weekdays kot
- harga satu kepala RM18 - pergi dan balik
- website for online ticketing : http://ticket.langkawiferryline.com/


KERETA SEWA
(myvi se) = 1 hari rm80 - yang ni korang kena pandai la sembang2 ngan tukang jaga kereta sewa
-nak sewa boleh ke pekan rabu dekat je dengan jeti kat langkawi
-ni no kereta sewa : 012 413 0036 / 0111 533 7216 (chu ya)


HOMESTAY
- apartment satu malam 230 (3 bilik)
- masa sampai kat jetty langkawi pun korang boleh tanye kat orang2 situ. diorang pun ada package skali ngan kereta sewa.
kene survey dulu sebab ada yang mahal ada yang murah


HIBURAN
- wajib pergi Cable car, now ada macam2 skyBridge, SkyPos, Skytrail, SkyBoutique, SkyBistro, 6D Cinemation, SkyAdventure Park, Sky Dome, F1 Simulator, Lake Activity, dan terbaru adalah 3D Art Museum.

Harga Tiket Muzium 3D Langkawi
Dewasa - My Kad : RM 30.00
Kanak-kanak - My Kid : RM 15.00
OKU / Warga Emas : PERCUMA

cable car
Dewasa - My Kad : RM 35
Kanak-kanak - My Kid : RM 25.00
OKU / Warga Emas : PERCUMA

kat sini modal nya sangat keras lagi yang ada anak ramai

- lain2 biasa je.. boleh la pergi cuci mata gitu-gitu
- makam mahsuri
- beras terbakar ( x pergi pun xpe)
- underwaterworld spesel pun tengok penguin je.. x pergi pun xpe
- wildlife park - tengok burung boye ular monyet..mcm pergi zoo
- tasik dayang bunting
- pulau payar

lain2 tempat boleh tengok komen warga cg

SHOPPING

- Haji Ismail Group Hotel Langkawi
- Idaman Suri
- RAMS

kalau duduk area KUAH x jauh 3 location ni

antara semua tempat ni

cable car paling sibuk..atleast mau 5 jam spend kat sini
shopping mall..ni depends kat kaum hawa la..seharian pun diorang xdehal



klau nk sopping sakan...tt tidoq 2 malam...
kalau kurang 2malam...kang kene paw kat abam kastam...


:D:D



Pulau layar jangan tak pergi... Snorkeling bess oii


Skang ni kat cable car ada macam2 aktiviti. Ducktour, muzium 3d ngan 6d dan cable. Semua tu kat satu tempat. So aku cadangkan pagi2 pi cable car dulu. Untuk musim cuti sekolah ni.. beli tiket pukul 11 silap2 pukul 1 baru bleh naik..que punya pasal.
Kalau nak homestay aku ada sebijik.. search saja kat mudah flyhomestay.


Make sure shopping awal2 kt haji ismail. Pastu baru gi jalan jalan, nanti bila nak balik senang nak packing.
Atau, masa dah nak balik pun boleh, sebab dah dekat dgn jeti so takyah nak ulang alik ke kuah dua tiga kali.

Tempat tinggal aku rasa kat cenang paling best, murah dan sebelah pantai je.
Area situ pun ada tmpt shopping kat Cenang Mall. Aku rekemen Sandy Beach Resort atau Malibest Resort. Kalau nak mahal ada banyak option yang lain.

Cable car tu wajib. Tapi kalau gayat lupakan aje sebab mmg tinggi bak hang, aku pun berpeluh tapak tangan. Masa naik tu berbunyi angin sambil bergoyang2. Telur aku pun ikut goyang.

Yang lain2 tu warga cg boleh tambah.


sekadar perkongsian sikit,

kalau dah pegi pulau langkawi ni, make sure bawak duit lebih, klo memang melancong banyak tempat nak pegi dan harga bagi setiap bayaran kemasukan tu agak mahal, dgn nak shopping lagi, so alang2 dh sampai langkawi kan, mesti nak shopping sikit dan melawat tempat2 pelancongan di langkawi,

make sure kalau pergi ramai orang, pastikan semua orang ikut masa yang ditetapkan, sbb kalau sorang lambat jadi masalah utk ikut tentatif yg dicadangkan, sorang mesti jadi ketua utk guide, jgn byk kepala nanti jadi leceh dan menyusahkan, klo yg nak pandai2 sendiri tu suruh dia pegi sendiri.. hahaha..

sekadar pengkongsian pengalaman sbg tourist guide.. hehe :)

boleh google senarai bayaran kemasukan ke tempat-tempat pelancongan di langkawi..


aku dh 6 kali pegi langkawi, so ini sedikit tentatif yang boleh ikut,

kalau naik feri dari kuala Kedah atau kuala perlis lebih kurang sama je ramai orang,

tentatif utk perjalanan 3 hari 2 malam, (jumaat, sabtu, ahad)

katakan bro naik feri pagi dan sampai pun lebih kurang 11-12tghri,

Jumaat :- (cadangan homestay berdekatan pekan kuah utk memudahkan sebarang urusan jika menaiki feri) jika menaiki kapal terbang boleh cari area pantai cenang.

check in hotel atau homestay biasa jam 2 petang, tp boleh consider dgn tuan rumah atau hotel masuk awal, jadi anggaran siap2 letak beg baju lebih kurang jam 3 selesai semua urusan,

3.00 petang - Padang Mat Sirat, kawasan beras terbakar, boleh beli cenderahati spt keychain, batik, kain pelekat dan lain-lain,

4.30 petang - tempat pemprosesan gamat di warisan sireh lagenda ataupun berdekatan area situ, banyak tempat pemprosesan gamat, boleh beli minyak gamat dan lain2 minyak

6.00 petang - pulang ke hotel/homestay untuk mandi /solat atau pergi makan di kawasan berdekatan tempat tinggal,

8.00 malam - boleh pegi pasar malam di pekan kuah, macam2 jenis makanan, cenderahati, minyak Wangi dan lain2, boleh juga singgah di Haji Ismail Group untuk beli coklat atau periuk ajaib dan lain2 barang, kalau nak riki dulu pun boleh, sblm balik boleh beli.

11.00 malam - pulang ke homestay/hotel, boleh jugak lepak2 minum di kawasan berdekatan hotel/homestay, kalau rajin boleh ke pantai cenang untuk tgk2 laut.

Sabtu :-

7.00 pagi - pergi sarapan, dan bergerak ke tempat menaiki bot untuk Island Hoping, antara aktiviti, pusing pulau dayang bunting, melawat gua kelawar, sggh di tempat bela ikan, boleh bagi makan ikan, ikan kerapu dan lain2, tgk ikan fresh, ketam dan mcm2 lagi, ada restoren seafood kt situ, dan tengok helang (bagi makan burung helang)

12.00 tgh - bergerak ke Cable Car Langkawi di Gunung Mat Cincang, semasa perjalanan boleh singgah makan tghri di mana2, pemandangan cantik di atas cable car dan perhentian cable car di atas gunung, boleh amik2 gambar, dan bila turun boleh beli cenderahati di perhentian bawah cable car(tmpt mula naik cable car) ada banyak kedai situ,

3.30 petang - bergerak ke Aquaria Langkawi (terpulang nak masuk atau tak) boleh google dulu apa yang ada kt stu,

4.30 petang - bergerak ke Makam Mahsuri (ada persembahan teater mahsuri live, x silap jam 3 petang start, boleh adjust mana tempat nk pegi dulu, ikut kesesuaian masa, boleh beli cenderahati kt stu jgk.

6.00 petang - pulang ke hotel/homestay untuk mandi /solat atau pergi makan di kawasan berdekatan tempat tinggal,

8.00 malam - pasar malam pekan kuah & haji ismail group

Ahad :-

8.00 pagi - breakfast dan lawatan terakhir ke haji ismail group utk beli belah sblm checkout jam 12.00 tghri.

1.00 tghri - naik feri di jetty

p/s : dari pengalaman saya jd tourist guide.. hehe.. klo nak no homestay dan sewa kereta pun saya ada contact sana. :)

Bulan 2 baru2 ni gi langkawi.
Sewa mazda 2 kt airport rm 150 3h2m
Aku stay kt hig hotel
Kreta kabel best
Paling best aku dgn bini main jet ski 30 minit rm 100 kt pantai cenang hehehe

Island hoping tak best langsung
Tapi sempat mandi tasik dyg bunting bapak dalam

Lain kali nak repeat g langkawi lg
Nak stay kt pantai cenang plak sbb happening ooo

baru je balik dari langkawi..
3hari 2malam..
sempat pergi cablecar dengan go kart je..
hari lain shopping..hehe
cable car paling lama..dekat 5 jam jugak aku kat sana.
ambik package cable car dengan ducktour

ducktour tu naik cam kapal tapi ade tayar, amphibia...dia bawak pusing kat tempat kapal layar..

1 nak pesan, kalau korang xnak bayar gambar, jangan la ambik gambar dengan dorang..

aku ingat diorang ambik gambar nak bagi free,diorang dah siap print.. last2 kena bayar rm35..aku xnak..
ade 3tempat kena kat cable car tu.
first sebelum masuk cable car, 2nd masa first checkpoit..1 lagi checkpoint last tu.

keta sewa rm70 iriz
duduk sandy beach hotel rm150 semalam.

keta sewa xrisau sangat kot..sampai je langkawi ramai dok offer keta ni..

pengalaman aku duk kat pantai cenang..susah nak dapat parking..
pernah 1 malam tu dekat sejam aku ulang alik nak parking je..adoi..

nak senang parking jangan ambik hotel yang betul2 tepi pantai..
aku pun xde gi pantai sangat, banyak berjalan je..
 
Last edited:
Aku kalsu pergi nak target gunung matcincang jer...tapi dengar kena booking office hour...macamana tu...
 
park jap.. berguna ni utk masa dpan.. dh lama xpergi langkawi. naik jambatan gantung tertinggi di dunia
 
Make sure shopping awal2 kt haji ismail. Pastu baru gi jalan jalan, nanti bila nak balik senang nak packing.
Atau, masa dah nak balik pun boleh, sebab dah dekat dgn jeti so takyah nak ulang alik ke kuah dua tiga kali.

Tempat tinggal aku rasa kat cenang paling best, murah dan sebelah pantai je.
Area situ pun ada tmpt shopping kat Cenang Mall. Aku rekemen Sandy Beach Resort atau Malibest Resort. Kalau nak mahal ada banyak option yang lain.

Cable car tu wajib. Tapi kalau gayat lupakan aje sebab mmg tinggi bak hang, aku pun berpeluh tapak tangan. Masa naik tu berbunyi angin sambil bergoyang2. Telur aku pun ikut goyang.

Yang lain2 tu warga cg boleh tambah.
 
nak pi langkawi time ni sesak kot... tp boleh la pi

amik keta sewa pandu sendiri. redah jar xsesat punya.kalau sesat terjun laut
 
10 tahun tak pergi sana.kalau nak cerita benda 10 tahun lepas mungkin dah tak relevan sekarang.
 
Bulan 4 baru nk gi..aku pn x prnh jejak langkawi ni..bini aku je dah jejak sana..sbb org kuala kedah..gi 4hari 3mlm..intenery pn dia dah buat..bleh jgak tgk² cadangan masing²..
 
Langkawi best..
Pi taman burung, kubur mahsuri, beras terbakar, hj Ismail, suri2 apa ke tu... Kabel car, gayat, x nak.

Yg penting, jgn makan kerapu rimau idup, Pastu ambil gambar bill dan meroyan.
Hahahahha
 
aku dh 6 kali pegi langkawi, so ini sedikit tentatif yang boleh ikut,

kalau naik feri dari kuala Kedah atau kuala perlis lebih kurang sama je ramai orang,

tentatif utk perjalanan 3 hari 2 malam, (jumaat, sabtu, ahad)

katakan bro naik feri pagi dan sampai pun lebih kurang 11-12tghri,

Jumaat :- (cadangan homestay berdekatan pekan kuah utk memudahkan sebarang urusan jika menaiki feri) jika menaiki kapal terbang boleh cari area pantai cenang.

check in hotel atau homestay biasa jam 2 petang, tp boleh consider dgn tuan rumah atau hotel masuk awal, jadi anggaran siap2 letak beg baju lebih kurang jam 3 selesai semua urusan,

3.00 petang - Padang Mat Sirat, kawasan beras terbakar, boleh beli cenderahati spt keychain, batik, kain pelekat dan lain-lain,

4.30 petang - tempat pemprosesan gamat di warisan sireh lagenda ataupun berdekatan area situ, banyak tempat pemprosesan gamat, boleh beli minyak gamat dan lain2 minyak

6.00 petang - pulang ke hotel/homestay untuk mandi /solat atau pergi makan di kawasan berdekatan tempat tinggal,

8.00 malam - boleh pegi pasar malam di pekan kuah, macam2 jenis makanan, cenderahati, minyak Wangi dan lain2, boleh juga singgah di Haji Ismail Group untuk beli coklat atau periuk ajaib dan lain2 barang, kalau nak riki dulu pun boleh, sblm balik boleh beli.

11.00 malam - pulang ke homestay/hotel, boleh jugak lepak2 minum di kawasan berdekatan hotel/homestay, kalau rajin boleh ke pantai cenang untuk tgk2 laut.

Sabtu :-

7.00 pagi - pergi sarapan, dan bergerak ke tempat menaiki bot untuk Island Hoping, antara aktiviti, pusing pulau dayang bunting, melawat gua kelawar, sggh di tempat bela ikan, boleh bagi makan ikan, ikan kerapu dan lain2, tgk ikan fresh, ketam dan mcm2 lagi, ada restoren seafood kt situ, dan tengok helang (bagi makan burung helang)

12.00 tgh - bergerak ke Cable Car Langkawi di Gunung Mat Cincang, semasa perjalanan boleh singgah makan tghri di mana2, pemandangan cantik di atas cable car dan perhentian cable car di atas gunung, boleh amik2 gambar, dan bila turun boleh beli cenderahati di perhentian bawah cable car(tmpt mula naik cable car) ada banyak kedai situ,

3.30 petang - bergerak ke Aquaria Langkawi (terpulang nak masuk atau tak) boleh google dulu apa yang ada kt stu,

4.30 petang - bergerak ke Makam Mahsuri (ada persembahan teater mahsuri live, x silap jam 3 petang start, boleh adjust mana tempat nk pegi dulu, ikut kesesuaian masa, boleh beli cenderahati kt stu jgk.

6.00 petang - pulang ke hotel/homestay untuk mandi /solat atau pergi makan di kawasan berdekatan tempat tinggal,

8.00 malam - pasar malam pekan kuah & haji ismail group

Ahad :-

8.00 pagi - breakfast dan lawatan terakhir ke haji ismail group utk beli belah sblm checkout jam 12.00 tghri.

1.00 tghri - naik feri di jetty

p/s : dari pengalaman saya jd tourist guide.. hehe.. klo nak no homestay dan sewa kereta pun saya ada contact sana. :)
 
Back
Top
Log in Register