BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

ajk anti babi pi ramai2 tgk sungai sampai amik sample air kira usaha sia2 dan Bodo buat penat 😂😆😂😆😂

drama king

Screenshot_2025-04-25-08-18-01-777_com.facebook.katana.jpg

Dah mcm wartawan pegang mic...
Nak ganti karam Singh walia gayenye... 🤣
 
1662a444bff82e2c9b198ece0aae530b680daa2a54044

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir ketika diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah malam tadi.

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning semalam, dianggap sebagai kemenangan yang telah dijangka dan tidak mengejutkan, menurut penganalisis politik.

Penganalisis politik Prof Dr Mohd Izani Mohd Zain yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu, berkata kemenangan BN itu mencerminkan situasi politik semasa di negeri itu, yang menunjukkan kerjasama baik antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

"Keputusan ini sudah dijangka kerana Ayer Kuning merupakan kawasan tradisi UMNO. BN mempunyai kelebihan kerana, dengan gabungan undi penyokong PH, mereka menang dengan selesa," katanya.

"Landskap politik di Perak sangat unik kerana kerjasama politik antara BN dan PH berjalan dengan baik, dan ini tercermin dalam PRK Ayer Kuning. Pemilihan politik yang matang juga dapat dilihat, tanpa isu hangat, hanya isu setempat yang mewarnai polemik dan kempen pilihan raya," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Analisis Keputusan PRK Ayer Kuning" malam tadi.

Calon BN berjaya mempertahankan kerusi Ayer Kuning apabila calonnya Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi, mengalahkan Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (6,059 undi) dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (1,106 undi).

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis, berkata peratusan keluar mengundi yang rendah dalam beberapa siri PRK adalah isu serius yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak

 
3d0e36e217947688aabc80b3414fbcf2680db3db26851

2e04a7f503b0b57ec057fa0e69571733680db40aa3c43

Wakil rakyat baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir (berdiri) bersalaman dengan penduduk tempatan ketika bersarapan bersama di sebuah gerai di Batu Tiga pagi ini, bagi meraikan kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning semalam.

Ibarat lirik lagu ‘Diari YB’ dendangan N.D. Lala, "Jam baru pukul lapan, YB kena lawat kawasan, tapi di tengah jalan, pengundi tahan minta bantuan" - begitulah suasana tugas pertama Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai wakil rakyat baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Setelah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning malam tadi, Mohamad Yusri segera turun padang seawal 8 pagi untuk bertemu penduduk yang menyapanya dengan panggilan YB (Yang Berhormat).

Antara kawasan yang dilawatinya termasuklah Simpang Tiga, Air Kuning Selatan, dan Kampung Tersusun Haji Tahir, bertujuan menanyakan khabar, mendengar permasalahan, serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada komuniti setempat.

Beliau berkata keutamaan dalam masa terdekat adalah untuk meneliti isu-isu asas seperti prasarana, memperluas peluang ekonomi tempatan, dan memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat terus terpelihara.

Pada masa yang sama, beliau bertekad untuk merealisasikan manifesto yang diperkenalkan semasa kempen PRK.

Mohamad Yusri menegaskan beliau tidak mempunyai masa untuk berehat, memandangkan tempoh perkhidmatannya yang singkat menjelang pilihan raya umum akan datang, sekali gus menuntutnya untuk segera melaksanakan segala perancangan dan janji kepada rakyat.

“Dengan kurang tiga tahun sahaja sebelum pilihan raya umum seterusnya, tempoh ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan saya membawa suara dan aspirasi rakyat Ayer Kuning,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamad Yusri, yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, memenangi PRK DUN Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional (6,059 undi) dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan tersebut mengekalkan DUN Ayer Kuning sebagai kubu kuat BN yang telah dikuasai parti itu sejak 1986.

 
Tahniah ph...usaha lg pn...dalil pas xmenjadi president memang patut letak jawatan...suka buat kenyataan umum smp mengelirukan...mengundi lebih penting lagi dari naik haji dn umrah...adoi ...org pas xmau buat sesuatu ka...dl zaman Asri muda jd president org pas sendiri buang presidennya....
 
Back
Top
Log in Register