BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

BAYANGKAN JIKA 148 KERUSI ITU DI TANGAN MEREKA: SEBUAH PERTANYAAN YANG WAJIB DITANYA

Bayangkan, di Parlimen yang sakral itu, tersusun 148 kerusi bukan sekadar tempat duduk wakil rakyat, tetapi singgahsana kuasa dan pedang keputusan. Bayangkan semuanya diisi oleh satu wajah, satu nada, satu jiwa yang tak pernah lena menanti fajar peralihan kuasa.

Kata seorang tokoh, ā€œJangan gusar, Perlembagaan tak akan disentuh kalaupun mereka punyai 148 kerusi. Tetapi apakah sejarah tidak cukup menjadi saksi, bahawa musuh tidak datang menghunus pedang, mereka datang dengan senyuman, dengan janji, dengan kertas usul dan pindaan kecil yang tak kelihatan bisa, namun cukup untuk melumpuhkan tulang belakang sebuah bangsa?

Bukankah 40 kerusi pun telah cukup mencetuskan badai? Dari tulisan Jawi yang dijadikan bahan soal siasat, hinggalah kepada subjek Islam Tamadun Asia di universiti yang dituduh melanggar kebebasan warganegara. Qunut Nazilah yang yang diajar disekolah dan dibaca di mimbar dianggap sebagai propaganda, dan keffiyeh Palestin yang disarung ke tubuh anak muda dilabel ekstremis. Yang berserban disyaki, yang menyebut ā€œjihadā€ diperhatikan, yang melaung ā€œAllahu Akbarā€ dilihat dengan curiga.

Belum pun menggenggam kekuasaan mutlak, mereka sudah mencuba dan mencuba menggoyang sendi-sendi agama dan akar warisan bangsa. Maka bayangkan jika 148 kerusi itu mereka genggam: apakah mereka akan bersajak diam di bangku Parlimen? Atau akan disusun deretan Rang Undang-Undang yang menghidu peluang untuk merubah, mencairkan, mengaburkan, segala yang selama ini menjadi nadi Melayu dan Islam di tanah bertuah ini?

Perlembagaan tidak boleh dipinda? Benar, dengan dua pertiga sekalipun, ada benteng lain yang masih berdiri, namun hanya jika kita menjaganya. Kuasa bukan hanya pada angka majoriti di parlimen, wewenangnya pada naratif, pada penguasaan wacana, pada pengaruh terhadap generasi yang dilatih melihat agama sebagai beban dan identiti sebagai masalah.

Mereka tidak perlu ubah Perkara 153, cukup jika mereka berjaya menukar tafsirnya. Mereka tidak perlu hapus Mahkamah Syariah atau JAKIM, cukup jika mereka sisihkan bajetnya, perlahan-lahan membiarkan institusi itu lesu dalam diam. Mereka tidak perlu haramkan azan, cukup jika mereka ā€œcadangkanā€ agar diperlahankan atau diperdengarkan untuk dalaman. Mereka tidak perlu bubarkan Tabung Haji, cukup jika mereka downscale bisnesnya, hingga akhirnya tiada lagi daya saing dan kepercayaan umat.

Apakah ini paranoia? Atau sekadar pembacaan sejarah yang jujur, kerana air yang tenang itu sering kali paling dalam. Dan musuh tidak selalu menyerang dengan gendang perang, kadang mereka hadir sebagai tetamu yang berpura-pura.

Wahai bangsaku, jangan terlalu tenang dalam lena demokrasi. Kerana di sebalik angka 148 itu, mungkin tersimpan malam paling gelap dalam lembaran sejarah akan datang. Dan jika itu terjadi, tidak cukup kita menyesal sambil berkata, ā€œDulu kami percaya, kerana mereka tak mampu pinda perlembagaan.ā€

Tetapi mereka tidak perlu pindah strukturnya mereka hanya perlu perlahan-lahan menukar warnanya. Maka janganlah kamu biarkan langit itu hilang birunya, kerana kelabu tidak pernah membawa petanda yang baik.

Laksana sirih di tangan biduanda,
Mulut manis menyembunyi sengketa,
Bangsa Melayu jangan alpa,
Yang tersenyum belum tentu setia.

Kamu berjuang bawa agenda,
Mahu ditunduk mengikut selera,
Sudah banyak kami serah dan reda,
Tapi tamakmu tak kenal sempadannya.

Jangan nanti lepas membaca,
Dituduh kami racist semata,
Kami cuma jaga warisan pusaka,
Bukan mahu rampas hak sesiapa.

DDMS
24 April 2025
Air Kuning, Perak
 
KENYATAAN RASMI

KEPUTUSAN PRK AYER KUNING ISYARAT PENOLAKAN TERHADAP KERAJAAN

PAS Malaysia mengambil maklum keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning yang telah berlangsung. Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi ini, keputusan yang diperoleh menjadi gambaran jelas kepada banyak hakikat penting yang wajar diberi perhatian serius, khususnya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Keyakinan yang dilaungkan oleh Menteri Besar Perak bahawa akan berlaku gelombang besar ā€˜transfer vote’ sehingga mampu mencapai majoriti 18,000 undi ternyata jauh meleset. Hakikatnya, Perikatan Nasional (PN) kekal teguh dengan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000 pengundi, menunjukkan bahawa sokongan akar umbi kepada PN tetap utuh dan tidak terjejas walaupun diasak hebat oleh kekuatan jentera kerajaan.

PRK ini juga membuktikan bahawa tiada perpindahan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada BN dengan jumlah yang besar. Sebaliknya, rakyat secara kolektif telah menghantar isyarat penolakan terhadap prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal menyantuni keperluan rakyat. Lebih ketara, kemerosotan kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina memperlihatkan bahawa pengundi teras PH sendiri tidak bersedia untuk mengalihkan sokongan kepada BN, satu mesej penolakan yang sangat jelas terhadap kerjasama politik antara dua parti ini.

Sejarah menunjukkan bahawa Ayer Kuning adalah kubu kuat UMNO dan BN. Oleh itu, kemenangan BN tidaklah mengejutkan. Namun, majoriti undi yang semakin mengecil dalam PRK kali ini adalah satu peringatan keras buat BN bahawa keyakinan rakyat terhadap mereka semakin menipis. Ia merupakan tanda-tanda awal perubahan arus politik yang tidak boleh dipandang ringan.

Dalam realiti ini, PAS mengingatkan bahawa Perikatan Nasional perlu terus memperkukuh peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Perak. Segala isu yang dibangkitkan sepanjang kempen PRK Ayer Kuning — yang banyak dinafikan oleh kerajaan negeri — perlu terus diperjuangkan agar suara rakyat tidak tenggelam di dalam dewan. Lebih-lebih lagi dengan dominasi BN dalam kerajaan negeri, harapan rakyat kini bergantung kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari PN untuk membawa aspirasi dan keperitan sebenar rakyat.

PAS menegaskan bahawa Perikatan Nasional akan terus istiqamah memperjuangkan hak rakyat, membela nasib semua golongan dan membina keyakinan menuju gelombang perubahan yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang.

Sekian.

#PemudaPAS #KitaMemimpin
So cina akan undi gerakan ke macamana ning?
 
memang benar semata mata...

aset terbesar kerajaan madani adalah perikatan nasional....

setakat ni PRK belum ada kerusi yg PN boleh swing vs result pru hari tu , kerusi PN dh ada yg kena swing...

tiap kali kalah analisa syok sendiri , isyarat penolakan...isyarat penolakan... terus la hidup dlm denial camtu...

jadila pembangkang sampai PRU ke 30....
 
memang benar semata mata...

aset terbesar kerajaan madani adalah perikatan nasional....

setakat ni PRK belum ada kerusi yg PN boleh swing vs result pru hari tu , kerusi PN dh ada yg kena swing...

tiap kali kalah analisa syok sendiri , isyarat penolakan...isyarat penolakan... terus la hidup dlm denial camtu...

jadila pembangkang sampai PRU ke 30....
Jangan risau bang PRU16 nanti orang melayu akan humban kerajaan UMDAP ke tong sampah terus. PN akan menang besar. Perchaya lah.
 
9419a0593fa9c1fc051d4d789d92e085680d021da67ae

fb Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

ā€œTahniah kepada Dr Mohamad Yusri Bakir yang mewakili BN atas kemenangan di Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning yang baru selesai.

ā€œInsya-Allah, suara rakyat pasti diterjemah dengan santun dan berketerampilan,ā€ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Mohamad Yusri yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, menang dengan majoriti 5,006 undi selepas meraih 11,065 undi menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di pusat penjumlahan undi di Dewan Merdeka di Tapah, malam ini.

Keputusan itu menyaksikan DUN Ayer Kuning terus menjadi kubu kuat BN yang dikuasai parti berkenaan sejak 1986.

 
PRK Ayer Kuning: Sentimen Basi (Babi) PAS Kena Reject Teruk

āœļø Saiful Nizam

Rakyat di Ayer Kuning dah buat keputusan. Orang dah bosan tahap maximum dengan sentimen basi PN-PAS.

...

Keputusan rasmi:

BN: 11,065 undi

PN: 6,059 undi

PSM: 1,106 undi

Majoriti? 5,006 undi. Bukan sikit beb, ini signal rakyat bagi terus setepek ke muka.

...

PAS ingat recycle skrip anti-DAP boleh selamatkan diorang lagi. Setiap ceramah, modal sama — takutkan orang dengan DAP, jual nama Islam, jual bangsa Melayu. Padahal semua orang tahu, Perlembagaan Persekutuan dah ikat kuat-kuat hak Melayu, Islam, dan Raja-Raja.

Takde siapa boleh usik tanpa perkenan Raja-Raja Melayu. Benda basic, semua orang dah faham.

Yang orang tak faham — kenapa PAS masih jual cerita karut zaman kaset buruk? Nak kata kreativiti baru, takde. Nak kata kerja untuk rakyat, lagi la takde. Akhirnya, rakyat balas dengan satu je: undi jauh-jauh tinggalkan PAS.

Lagi best, kerjasama jentera BN dan PH makin padu, makin serasi. Masa kempen, BN-PH tunjukkan macam mana Perpaduan sebenar bergerak — bukan sembang atas pentas je, tapi kerja kuat sama-sama di lapangan.

Hasilnya? BN menang besar, PH pun senyum lebar.

Tahniah kepada semua pengundi Ayer Kuning. Tahniah kepada semua jentera BN dan PH. Dan kepada PAS — sila pergilah mam..

Fadhli Shaari boleh sambung jaga ba..

šŸ˜†šŸ˜†šŸ˜†šŸ˜†šŸ˜† HAHA

#SN #RakyatBijak #PRKAyerKuning
 
d1fe52620a1df5c7f13d49dc7b62f89b680d0610bda9b

Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media sempena kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah hari ini.

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi bukti jelas sokongan pengundi terhadap agenda kestabilan yang dibawaĀ Kerajaan Perpaduan, kata Pengerusi BN PerakĀ Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak itu berkataĀ penduduk Ayer Kuning memilih untuk menolak politik fitnah dan perpecahanĀ sebaliknya mengutamakan keharmonian demi masa depan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, Allah SWT memberikan kemenangan kepada calon BN yang mewakili Parti Kerajaan Perpaduan malam ini. Mereka (pengundi) menerima hujah kita, mereka menerima rayuan kita, jadi saya nak ingatkan, mari kita teruskan kasih sayang ini, kita teruskan perpaduan ini,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK itu di Dewan Merdeka di sini malam ini.

Saarani berkataĀ kemenangan itu tidak akan tercapai tanpa usaha gigih semua pihak termasuk jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata dengan keputusan itu,Ā BN meneruskan kejayaan meraih sokongan rakyatĀ selepas PRK DUN Nenggiri (Kelantan) dan PRK DUN Mahkota (Johor).

ā€œKemenangan iniĀ membuktikan rakyat menolak politik berasaskan kebencian, permusuhan, memaki hamun dan politik perkauman yang melampau,ā€ katanya.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said,Ā kemenangan ituĀ membuktikan kekuatan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan danĀ pengiktirafan rakyat terhadap usaha berterusan memajukan kawasan Ayer Kuning.

Beliau berkata ia juga bukti jelas bahawa rakyat secara keseluruhannya terus meletakkan kepercayaan kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan dan kesinambungan kepimpinan yang telah dirintis oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin (bekas ADUN Ayer Kuning) sebelum ini.

 
Back
Top
Log in Register