BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

25b4942704bc335559fdd813e5b43228680ce9ca8b77c

Calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir bergambar bersama pimpinan parti selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Command Centre BN di Kampung Haji Tahir, Temoh hari ini.

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di pusat penjumlahan undi di Dewan Merdeka di sini malam ini.

Ahmad Redhauddin turut mengumumkan bahawa 289 undi ditolak dan peratusan keluar mengundi pada PRK itu ialah 58.07 peratus.

Keputusan itu menyaksikan DUN Ayer Kuning terus menjadi kubu kuat BN yang dikuasai parti berkenaan sejak 1986.

BN berjaya kekalkan DUN Ayer Kuning.

Yang boleh disimpulkan dari keputusan tidak rasmi setakat ini adalah:

1. Sokongan PH-BN Menyusut
- Pada PRU2022, BN+PH gabungan memperoleh 68.0% undi (15,963 undi).
- Pada PRK 2025, jatuh kepada 60.71% (11,083 undi).
- PH-BN kehilangan 4,880 undi dan penyusutan sokongan sebanyak -7.31%.
- Ini menunjukkan ramai penyokong BN+PH tidak keluar mengundi atau sudah berpaling arah.

2. PN Sedikit Meningkat
- PN+GTA pada PRU2022 hanya 29.5% (6,917 undi).
- Naik kepada 33.23% (6,067 undi) pada PRK2025.
- Walaupun PN juga hilang sedikit undi (-850 undi), dari segi peratusan mereka bertambah 3.76% kerana turnout keseluruhan jatuh.
- Ini bermakna penyokong PN lebih setia keluar mengundi walaupun suasana PRK hambar.

3. PSM Mengejutkan
- Pada PRU2022, PSM hanya 2.5% (586 undi).
- Pada PRK2025, PSM melonjak ke 6.05% (1,105 undi) — hampir dua kali ganda undi berbanding 2022.
- Ada trend protes berlaku di kalangan pengundi PH-BN.

4. Turnout Menjunam
- PRU2022 turnout: 74.85%
- PRK2025 turnout: 58.00%
- Penurunan turnout sebanyak hampir 17%.
- Ini faktor besar kenapa jumlah undi keseluruhan merosot hampir 5,200 undi.

5. Majoriti PH-BN Menyusut
- Majoriti PH-BN pada PRU2022: 9,046 undi.
- Majoriti PH-BN pada PRK2025: 5,016 undi.
- Penyusutan majoriti sebanyak 4,030 undi.
- Walaupun PH-BN masih menang, kekuatan sokongan mereka melemah.
Mengarut ja umdap melayu memang pilih ok tu
 
1865e55e266c5dc57ed41124bd69b498680cf2afc804c

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir ketika diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah.

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini adalah manifestasi jelas sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu juga petanda sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan di Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohamad Yusri atas kemenangan berkenaan dan berharap wakil rakyat baharu itu dapat meneruskan perkhidmatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin kepada rakyat kawasan tersebut.

“Terima kasih juga kepada Menteri Besar Perak yang telah mengetuai jentera pilihan raya kerana saya tahu beliau telah meletakkan keutamaan PRK Ayer Kuning sejak bulan puasa lagi dan sudah tentu penat lelah beliau telah membuahkan hasil dan saya ucap terima kepada semua,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di sini malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook pula, Ahmad Zahid berkata 10 daripada 11 Pusat Daerah Mengundi yang tewas kepada pembangkang pada PRU lepas kini kembali semula ke pangkuan BN.

Beliau berkata kemenangan itu menjadi bukti jelas bahawa rakyat semakin bijak menilai.

"Mereka menolak politik kebencian dan memilih kestabilan, kemajuan serta kepimpinan yang berwibawa.

"Ia juga isyarat kukuh bahawa Kerajaan Perpaduan diterima kerana mampu mengurus tadbir negeri dan negara dengan baik, berasaskan prinsip perpaduan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

btul lah kerajaan lemah ..tp pembangkan pun lemauu
 
KENYATAAN RASMI

KEPUTUSAN PRK AYER KUNING ISYARAT PENOLAKAN TERHADAP KERAJAAN

PAS Malaysia mengambil maklum keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning yang telah berlangsung. Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi ini, keputusan yang diperoleh menjadi gambaran jelas kepada banyak hakikat penting yang wajar diberi perhatian serius, khususnya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Keyakinan yang dilaungkan oleh Menteri Besar Perak bahawa akan berlaku gelombang besar ‘transfer vote’ sehingga mampu mencapai majoriti 18,000 undi ternyata jauh meleset. Hakikatnya, Perikatan Nasional (PN) kekal teguh dengan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000 pengundi, menunjukkan bahawa sokongan akar umbi kepada PN tetap utuh dan tidak terjejas walaupun diasak hebat oleh kekuatan jentera kerajaan.

PRK ini juga membuktikan bahawa tiada perpindahan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada BN dengan jumlah yang besar. Sebaliknya, rakyat secara kolektif telah menghantar isyarat penolakan terhadap prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal menyantuni keperluan rakyat. Lebih ketara, kemerosotan kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina memperlihatkan bahawa pengundi teras PH sendiri tidak bersedia untuk mengalihkan sokongan kepada BN, satu mesej penolakan yang sangat jelas terhadap kerjasama politik antara dua parti ini.

Sejarah menunjukkan bahawa Ayer Kuning adalah kubu kuat UMNO dan BN. Oleh itu, kemenangan BN tidaklah mengejutkan. Namun, majoriti undi yang semakin mengecil dalam PRK kali ini adalah satu peringatan keras buat BN bahawa keyakinan rakyat terhadap mereka semakin menipis. Ia merupakan tanda-tanda awal perubahan arus politik yang tidak boleh dipandang ringan.

Dalam realiti ini, PAS mengingatkan bahawa Perikatan Nasional perlu terus memperkukuh peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Perak. Segala isu yang dibangkitkan sepanjang kempen PRK Ayer Kuning — yang banyak dinafikan oleh kerajaan negeri — perlu terus diperjuangkan agar suara rakyat tidak tenggelam di dalam dewan. Lebih-lebih lagi dengan dominasi BN dalam kerajaan negeri, harapan rakyat kini bergantung kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari PN untuk membawa aspirasi dan keperitan sebenar rakyat.

PAS menegaskan bahawa Perikatan Nasional akan terus istiqamah memperjuangkan hak rakyat, membela nasib semua golongan dan membina keyakinan menuju gelombang perubahan yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang.

Sekian.

#PemudaPAS #KitaMemimpin
 
harap PAS teruskan perangai lama

modal melayu
modal perkauman
anti dap
fitnoh
Isle caro pah
 
Analisa syok sendiri. Ya, sokongan terhadap kerajaan mmg merosot, tp isunya mencukupi kah kemerosotan tu utk tumbangkan calon PHBN?

Kalau tetap dgn modal sekarang, mmg sekadar cukup utk pertahankan undi teras saja lah.

PAS kena tumpu kempen dgn fokus kpd ekonomi yg nak dibawa. Dah kata ada penyelesaian cara Islam, bawalah tu sbg bahan kempen.

Taktik Islam sekadar hanya skop perundangan dan hukuman dah tepu, even PAS sendiri sedar yg Hudud dah x jalan. Jadi x salah PAS upgrade taktikal mereka, sentuh isu dasar sbg titik fokus.

Dah tahu rakyat concern dgn isu inflasi, isu kos sara hidup, bawalah naratif agama sbg penyelesaian yg praktikal.

Bila lg nk materialise kan ungkapan Islam Itu Penyelesaian?
 
Back
Top
Log in Register