BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

#Budapest Kes itu membabitkan lelaki berusia 38 tahun.
https://www.hmetro.com.my/.../hungary-sahkan-kes-pertama...

Hungary sahkan kes pertama cacar monyet​

BERNAMA
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP

Budapest: Hungary, pada Selasa, mencatatkan kes pertama cacar monyet, lapor Agensi Anadolu.

Ketua pegawai perubatan Hungary, Cecilia Muller berkata, kes itu membabitkan lelaki berusia 38 tahun.

Virus cacar monyet boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia serta manusia kepada manusia.
Antara tanda dan gejala jangkitan ialah ruam bermula di muka, dan kemudian merebak ke tapak tangan dan kaki diikuti bahagian tubuh yang lain.






Gejala lain ialah demam, keletihan, sakit kepala, lenguh, sakit bahagian belakang badan atau sendi dan kejang otot.

Pesakit dinasihatkan untuk mengasingkan diri kira-kira dua ke empat minggu.
Disiarkan pada: Jun 1, 2022 @ 11:10am

 
IMG_20220602_134756_437.jpg

"Setakat ini, cacar monyet tidak memerlukan langkah pencegahan sama seperti pandemik COVID-19 kerana virus itu tidak merebak melalui cara yang sama. Bagaimanapun, potensi penularan virus itu adalah tinggi," kata Pengarah WHO untuk wilayah Eropah, Hans Kluge .


Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews #MalaysiaSihat
 
IMG_20220605_013941_003.jpg

Kanada mengesahkan 58 kes jangkitan membabitkan wabak cacar monyet setakat ini, kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam negara itu Theresa Tam pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita pada sesi taklimat kesihatan, Tam berkata kes yang disahkan di seluruh negara, termasuk 52 kes dikesan di Quebec, lima di Ontario dan satu dari Alberta, lapor Xinhua.


Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
 
#Singapura Dalam satu kenyataan pada Isnin, MOH memaklumkan bahawa pengembara itu tiba di Sydney pada 3 Jun dan disahkan positif cacar monyet.
https://www.hmetro.com.my/.../cacar-monyet-kes-dikesan...

Cacar Monyet: Kes dikesan babitkan pengembara transit di Singapura​

BERNAMA
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP


Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada 4 Jun lepas dimaklumkan Kementerian Kesihatan New South Wales, mengenai satu kes cacar monyet membabitkan pengembara yang transit di Singapura pada 2 Jun.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, MOH memaklumkan bahawa pengembara itu tiba di Sydney pada 3 Jun dan disahkan positif cacar monyet.

"Dia berlepas dari Barcelona pada 1 Jun dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun. Dia berada di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney pada hari sama, dan tidak melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi," menurut kementerian.

Memandangkan dia tidak masuk ke Singapura atau berinteraksi dengan orang dalam komuniti, buat masa ini tiada risiko penularan komuniti yang ketara.

Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH menjalankan pengesanan kontak untuk dua penerbangan yang terjejas dan mereka yang mungkin bersentuhan dengan pengembara itu di kawasan transit.




MOH memutuskan tiada keperluan untuk kuarantin memandangkan tiada kontak rapat selepas penilaian dibuat.

"Bagaimanapun, kami akan memantau 13 orang yang mungkin mempunyai kontak kasual selama 21 hari," menurut kementerian itu.
Di bawah pemantauan itu mereka yang terbabit akan menerima panggilan telefon setiap hari untuk memastikan status kesihatan sehingga tamat pengawasan.

"Jika mereka melaporkan simptom yang menunjukkan jangkitan cacar monyet, mereka akan dinilai dari segi perubatan dan mungkin dihantar ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan untuk penilaian lanjut," menurut kementerian itu.
Disiarkan pada: Jun 6, 2022 @ 2:32pm





https://www.facebook.com/rsrisanjee...V2vysHN4RjQuuP2y4NcYJBE_-UwF8YU&__tn__=<<,P-R
 
INFOGRAFIK| 10 Fakta Virus Cacar Monyet (Monkeypox)

Masih belum reda dengan pandemik COVID-19, dunia sekali lagi dikejutkan dengan virus cacar monyet (moneypox) yang kini semakin menular di Eropah.

Setakat ini, WHO telah menyenaraikan sebanyak 29 negara telah dijangkiti virus berkenaan dan lebih 1,000 kes telah dilaporkan namun tiada kematian direkodkan setakat ini.

Berikut 10 fakta mengenai virus ini

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my
TikTok: https://www.tiktok.com/@buletintv3

#BuletinTV3 #Seantero

 
#Paris Sehingga beberapa bulan yang lalu, cacar monyet sebahagian besarnya terhad di Afrika Barat dan Afrika Tengah.
https://www.hmetro.com.my/.../pesakit-cacar-monyet-di-uk...

Pesakit cacar monyet di UK tunjukkan simptom berbeza​

AFP

RUAM dan lepuh akibat cacar monyet. FOTO Reuters
RUAM dan lepuh akibat cacar monyet. FOTO Reuters


Paris: Pesakit cacar monyet di United Kingdom (UK) menunjukkan simptom berbeza daripada sebelumnya, demikian kajian pertama di UK yang mengetuai penyelidik meminta definisi penyakit itu dikemas kini.

Sehingga beberapa bulan yang lalu, cacar monyet sebahagian besarnya terhad di Afrika Barat dan Afrika Tengah, di mana wabak itu kebanyakannya disebabkan oleh manusia yang dijangkiti virus itu daripada haiwan seperti tikus.

Tetapi sejak Mei, lebih 3,400 kes direkodkan di seluruh dunia, sebahagian besar daripadanya di Eropah Barat dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki dan tidak mempunyai kaitan yang diketahui dengan kes di negara rantau sub-Sahara di Afrika.
UK mengesan beberapa kes global baharu yang terawal, dan kajian pertama terhadap pesakit di sana diterbitkan dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases pada Jumaat.

Penyelidik menganalisis 54 pesakit cacar monyet di London iaitu semua lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki mewakili 60 peratus kes di UK pada 26 Mei.

Semua pesakit, kecuali dua orang, tidak menyedari mereka berhubung dengan seseorang yang menghidap cacar monyet.

Satu perempat daripada lelaki itu positif HIV dan satu perempat mempunyai penyakit menular seksual ketika mereka menghidap cacar monyet.

Semua pesakit mempunyai kecederaan kulit, di mana 94 peratus berada di kawasan kemaluan dan dubur.

Faktor ini menunjukkan virus disebarkan ketika sentuhan kulit ke kulit seperti ketika melakukan hubungan seks, kata kajian itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyiasat kes ujian air mani yang positif untuk cacar monyet tetapi mengekalkan virus itu tidak ditularkan secara seksual dan disebarkan terutamanya melalui hubungan rapat.

Hanya 57 peratus kes di UK mengalami demam, berbanding 85 hingga 100 peratus kes wabak sebelum tahun ini.

Wabak sebelumnya juga menyaksikan lebih banyak luka pada anggota badan, muka dan leher.

Bagaimanapun, dalam tiga perempat daripada kes di UK, kecederaan hanya berlaku pada satu atau dua kawasan, kebanyakannya pada atau sekitar alat kelamin, kata kajian itu.

Pesakit di UK juga mempunyai kebanyakan gejala ringan yang berlaku kurang tiga hari dengan hanya lima daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Pengarang utama kajian Nicolo Girometti berkata, definisi di UK mengenai simptom cacar monyet menggambarkannya sebagai penyakit akut dengan demam "harus dikaji semula untuk menyesuaikan diri dengan penemuan semasa".
Disiarkan pada: Julai 2, 2022 @ 11:47am

 
Back
Top
Log in Register