BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet Di Malaysia

IMG_20220604_133031_470.jpg

IMG_20220604_133037_474.jpg

Tempoh inkubasi Monkeypox adalah 5-21 hari.

Tempoh kebolehjangkitan adalah sepanjang tempoh bergejala. Virus Monkeypox dikesan melalui PCR.

Monkeypox biasanya sembuh dengan sendiri selepas 2 hingga 4 minggu.

Komplikasi penyakit ini adalah seperti radang paru-paru, keradangan pada otak dan lesi pada kornea mata.


#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku


Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

23m ·

Satu pelan strategik telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghadapi risiko kemasukan kes cacar monyet ke Malaysia. Pengembara yang tiba dari negara yang telah melaporkan kes ini akan menerima Health Alert melalui MySejahtera selama 21 hari untuk pemantauan kesihatan kendiri.


Khairy Jamaluddin

56m ·



Kes Monkeypox atau cacar monyet belum lagi berlaku di Malaysia namun KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA memantau rapi perkembangannya.

KKM juga mempunyai pelan strategik menghadapi risiko kemasukan cacar monyet berpandukan saranan World Health Organization (WHO) seperti penyediaan tatacara pengesanan dan notifikasi kes, pengambilan sampel, siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat dan pemantauan di pintu masuk antarabangsa.

Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga terutamanya yang ingin mengembara ke negara-negara yang telah melaporkan kes tersebut. Stay safe everyone!


 
CACAR MONYET | Pelan Strategik Tangani Penularan

Meskipun belum ada kes Monkeypox atau cacar monyet yang dikesan di negara ini, beberapa pelan strategik sudah diatur Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak terbabit.

 
Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia

Sinar Harian
Julai 7, 2022 00:00 MYT

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu pada Rabu, pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura. -Gambar fail/Reuters

SINGAPURA: Singapura mengesahkan kes tempatan pertama membabitkan jangkitan cacar monyet.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu pada Rabu, pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Dia disahkan positif pada Rabu, lapor Reuters.

Tiga kenalan rapat lelaki itu dikenal pasti setakat Rabu, dan kesemuanya akan dikuarantin selama 21 hari selepas pertemuan terakhir mereka, tambah kenyataan itu lagi.

Pesakit dikesan mengalami simptom seperti luka pada kulit bahagian bawah abdomen, keletihan, kelenjar nodus limfa membengkak, demam, dan sakit tekak.

Keadaannya dilaporkan stabil dan kini dirawat di wad Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) di Singapura.

Menurut kenyataan kementerian itu lagi, risiko penularan kepada orang awam masih rendah.

Siasatan mendapati pesakit itu tiada kaitan dengan kes import yang diumum bulan lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 6,000 kes cacar monyet dilaporkan di 58 negara setakat ini.

#cacar monyet #Singapura #warga Malaysia #Kementerian Kesihatan
 
Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia

Sinar Harian
Julai 7, 2022 00:00 MYT

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu pada Rabu, pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura. -Gambar fail/Reuters

SINGAPURA: Singapura mengesahkan kes tempatan pertama membabitkan jangkitan cacar monyet.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu pada Rabu, pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Dia disahkan positif pada Rabu, lapor Reuters.

Tiga kenalan rapat lelaki itu dikenal pasti setakat Rabu, dan kesemuanya akan dikuarantin selama 21 hari selepas pertemuan terakhir mereka, tambah kenyataan itu lagi.

Pesakit dikesan mengalami simptom seperti luka pada kulit bahagian bawah abdomen, keletihan, kelenjar nodus limfa membengkak, demam, dan sakit tekak.

Keadaannya dilaporkan stabil dan kini dirawat di wad Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) di Singapura.

Menurut kenyataan kementerian itu lagi, risiko penularan kepada orang awam masih rendah.

Siasatan mendapati pesakit itu tiada kaitan dengan kes import yang diumum bulan lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 6,000 kes cacar monyet dilaporkan di 58 negara setakat ini.

#cacar monyet #Singapura #warga Malaysia #Kementerian Kesihatan

Warga Malaysia terkena Cacar Monyet di Singapura
 
Pertama, cara penyebaran cacar monyet tidaklah semudah Covid-19 yang tersebar melalui udara. Penyebaran virus cacar monyet memerlukan seseorang berada dekat dan berinteraksi atau berhubungan secara rapat dengan pesakit.
https://relevan.com.my/.../wabak-cacar-monyet-mustahil.../

Wabak cacar monyet mustahil cetuskan pandemik? Ikuti penjelasan pakar ini​


August 5, 20225 Mins Read


Screenshot-2022-06-04-140340-768x431.png

WABAK cacar monyet mustahil boleh mencetuskan pandemik kerana cara penyebaran cacar monyet tidaklah semudah Covid-19.

DUNIA dilanda panik apabila penyakit cacar monyet atau monkeypox diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Dunia pada 23 Julai lalu.
Pengumuman ini dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan situasi wabak tersebut yang telah menjangkiti lebih 16,000 orang daripada 75 buah negara. Lima kematian juga telah dilaporkan setakat ini.

Cacar monyet telah ditemui pada tahun 1958 apabila berlakunya wabak penyakit yang menyerupai smallpox atau cacar dalam kalangan monyet yang dipelihara di makmal penyelidikan.

Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Nurul Azmawati Mohamed, penyakit ini disebabkan oleh virus monkeypox yang berasal dari keluarga sama dengan virus variola yang menyebabkan smallpox atau cacar dalam kalangan manusia. Penyakit ini tidak mempunyai kaitan dengan penyakit cacar air yang disebabkan oleh virus varicella.
wani-199x300.jpg
NURUL AZMAWATI

“Kes pertama cacar monyet dalam kalangan manusia dilaporkan pada tahun 1970 di Republik Kongo. Sebelum tahun 2022, kes-kes itu hanya ditemui di negara-negara Afrika, tetapi kini jangkitan dilaporkan di negara-negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.


Cara cacar monyet merebak
“Penting untuk kita tahu bagaimana penyakit ini boleh merebak. Antaranya ialah dengan cara sentuhan pada ruam atau cecair tubuh secara langsung ataupun tersentuh dengan tidak sengaja di tempat-tempat yang telah tercemar oleh cecair tubuh.

“Cecair daripada salur pernafasan juga boleh tersebar apabila melakukan aktiviti harian atau hubungan intim termasuk berpelukan, bercium dan mengadakan hubungan seksual. Ibu mengandung juga boleh menyebarkan jangkitan virus kepada anak yang dikandung,” katanya.

Tambahnya, seperti penyakit cacar yang lain, penyebaran kepada individu lain bermula apabila gejala penyakit timbul dan berakhir setelah semua ruam sembuh. Secara teorinya, mereka yang tidak bergejala tidak menyebarkan virus kepada orang lain.

Gejala cacar monyet ini hampir sama dengan penyakit cacar namun, mempunyai tahap keseriusan yang kurang. Jarang sekali penyakit ini menyebabkan kematian. Antara gejala yang dilaporkan termasuk demam, sakit kepala, sakit badan, bengkak kelenjar, keletihan dan ruam berbiji pada muka, tangan, kaki, dada serta kemaluan.

Sesetengah pesakit hanya mengalami ruam sahaja. Ada juga yang mengalami ruam pada peringkat awal jangkitan, diikuti dengan gejala-gejala lain seperti demam.

Kebanyakan jangkitan pulih secara semula jadi tanpa memerlukan rawatan. Sekiranya gelaja dalam kalangan pesakit adalah serius, rawatan menggunakan ubat anti virus Cidofovir adalah antara rawatan yang dilaporkan berkesan terhadap penyakit ini.


Pencegahan jangkitan
Pencegahan penyakit cacar monyet adalah dengan cara elakkan menyentuh, berpeluk, bercium, mengadakan hubungan seks dan berkongsi peralatan makan serta pakaian dengan seseorang yang mempunyai ruam berbiji seperti cacar monyet.

Kerap cuci tangan dengan air serta sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman. Jika anda dijangkiti, kuarantin di rumah dan lakukan pengasingan daripada ahli keluarga serta isi rumah yang lain.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani berkata, walaupun kebarangkalian cacar monyet boleh mencetuskan pandemik, tetapi ia agak mustahil untuk berlaku.

dr-253x300.png
MOHD. DZULKHAIRI

“Pertama, cara penyebaran cacar monyet tidaklah semudah Covid-19 yang tersebar melalui udara. Penyebaran virus cacar monyet memerlukan seseorang berada dekat dan berinteraksi atau berhubungan secara rapat dengan pesakit.

“Virus lebih mudah merebak dalam keadaan yang dipanggil dense network atau jaringan tepu yang mana terjadinya kontak yang sangat kerap dan rapat.

“Kedua, kebanyakan pesakit menunjukkan gejala, justeru mudah untuk mengenal pasti serta mengasingkan pesakit-pesakit untuk tujuan memutuskan rantaian penyakit. Pengasingan hendaklah dilakukan sehingga ruam pada tubuh pesakit sembuh,” jelasnya.

Ketiga, vaksin juga membantu mencegah jangkitan atau mengurangkan jangkitan serius. Individu berumur lebih 40 tahun telah mendapatkan vaksin cacar semasa bayi. (Vaksin samallpox diberhentikan pada tahun 1980).

Parut kesan pemberian vaksin boleh dilihat di bahu sebelah kanan. Kebiasaanya, pada bahu sebelah kiri adalah parut kesan pemberian vaksin Bacillus Calmette Gurrain (BCG).

Ujar beliau lagi, kajian yang dijalankan pada tahun 2008 dalam kalangan 246 orang yang telah mendapat vaksin cacar di antara 13 hingga 88 tahun sebelumnya menunjukkan bahawa kadar antibodi (antivaccinia IgG) adalah masih tinggi.

Data dari Afrika menunjukkan bahawa vaksin cacar boleh memberi perlindungan sehingga 85 peratus terhadap jangkitan cacar monyet. Ini adalah kerana vaksin tersebut turut menggunakan virus vaccinia iaitu sejenis virus dari keluarga yang sama dengan smallpox dan monkeypox.

Justeru, kebanyakan individu yang telah menerima vaksin cacar semasa bayi bukan sahaja mempunyai imuniti terhadap cacar, tetapi juga terhadap cacar monyet.

“Tambahan pula, vaksin cacar monyet telah dihasilkan dan diluluskan penggunaannya pada 2019. Namun begitu, vaksin ini sukar didapati kerana jumlahnya yang terhad di pasaran. Justeru jika terdapat keperluan, golongan berisiko tinggi dan yang tidak pernah menerima vaksin smallpox perlu diberi keutamaan.

“Berdasarkan kebarangkalian untuk merebak adalah lebih sukar, kesan yang teruk termasuk menyebabkan kematian adalah rendah dan imuniti mereka yang berumur 40 tahun ke atas diyakini,” terangnya.

Oleh itu, pada ketika ini penyakit tersebut tidak akan menjadi satu fenomena pandemik seperti Covid-19 dan menyebabkan kita terpaksa menghentikan banyak aktiviti ekonomi serta sosial.

Namun, perkembangan semasa penyakit cacar monyet ini perlu dipantau dan diberikan perhatian supaya langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan dengan berkesan.-RELEVAN
 
Back
Top
Log in Register