BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet Di Malaysia

IMG_20230828_113545_344.jpg


Penularan penyakit cacar monyet berpunca daripada sentuhan kulit ke kulit atau kontak rapat bersemuka dan sentuhan pada objek yang tercemar seperti tuala dan pakaian.

Gejala akan bermula antara 5 - 21 hari selepas jangkitan.

Jika anda menjadi kontak rapat kepada kes cacar monyet, pantau gejala, elakkan kontak rapat dengan orang lain dan dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
 
IMG_20230830_213610_436.jpg


🐒Cacar monyet (mpox) adalah disebabkan oleh jangkitan virus mpox daripada kumpulan orthopoxviruses. Jangkitan berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan tersebut.

🤒Tempoh inkubasi virus ini adalah antara 5 hingga 21 hari. Individu positif monkeypox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya.

⚠️❗Oleh itu, orang ramai disarankan untuk berwaspada dan mendapatkan rawatan segera jika menunjukkan gejala monkeypox.
 
IMG_20230830_213713_911.jpg


🚗🚄Pengembara yang pulang dari negara-negara yang melaporkan mpox berisiko untuk dijangkiti sekiranya mempunyai kontak rapat dengan kes mpox, seterusnya menyebarkan jangkitan kepada orang tempatan.

☢️Virus ini boleh tersebar melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai tanda dan gejala mpox, termasuk kontak langsung dengan ruam, kuping, cecair, nanah atau darah daripada luka kulit.

✔️Oleh itu, orang ramai terutamanya pengembara yang baru pulang dari negara-negara yang melaporkan mpox, dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan untuk mengawal penularan jangkitan ini.
 
IMG_20231101_090406_967.jpg


Penularan penyakit cacar monyet berpunca daripada sentuhan kulit ke kulit atau kontak rapat bersemuka dan sentuhan pada objek yang tercemar seperti tuala dan pakaian.
Gejala akan bermula antara 5 - 21 hari selepas jangkitan.

Jika anda menjadi kontak rapat kepada kes cacar monyet, pantau gejala, elakkan kontak rapat dengan orang lain dan dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
 
Melalui Garis Panduan Pengurusan Mpox Malaysia 2023, mereka yang dijangkiti dan kontak rapat perlu melalui tempoh pengasingan di kediaman atau lokasi bersesuaian sehingga disahkan bebas daripada jangkitan.

 

Lima kes baharu cacar monyet​


30 November 2023 12:17pm

2443077.jpg

Dr Muhammad Radzi. Gambar kecil: Jangkitan cacar monyet. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Lima kes baharu jangkitan cacar monyet (Mpox) dilaporkan bagi tempoh 31 Oktober sehingga 29 November menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut kepada sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kesemua kes baharu itu melibatkan lelaki dewasa rakyat tempatan.

"Kesemua kes sedang menjalani isolasi di hospital dan berada dalam keadaan kesihatan yang stabil," katanya.

Menurutnya, kesemua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

"Kesemua kontak bagi kes yang disahkan telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka juga sedang dipantau," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Mpox adalah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox dan jangkitan berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

"Gejala mpox adalah demam beserta ruam makulopapular atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea," katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata, tempoh inkubasi mpox iaitu daripada tarikh individu terdedah kepada jangkitan sehingga mendapat gejala adalah di antara lima ke 21 hari.

"Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain satu hari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering serta tanggal sepenuhnya.

"Sehubungan dengan itu, semua kes disyaki atau disahkan mpox perlu menjalani perintah pengasingan sehingga disahkan tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain," katanya.

Tambah beliau, lazimnya kes mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus.

"Pengamal perubatan diminta untuk peka terhadap individu dengan gejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi," katanya.
 
Back
Top
Log in Register