tangkisan
Permanently Banned - Multiple ID
- Messages
- 7,998
- Joined
- Dec 12, 2010
- Messages
- 7,998
- Reaction score
- 415
- Points
- 81
Maksud saya, dalam banyak-banyak cadangan. Ada cadangan yg sebenarnya boleh diketengahkan dan diusahakan. Peduli apa kata orang. Tapi dalam penceritaan ini, ketua kampung sendiri telah mempunyai " mindset" bahawa semua cadangan ni susah.
Lalu apabila datang satu orang Apek ni yang sudi menanggung semua KOS bina jambatan maka ketua kampung ni setuju lah sebab tak susah payah nak fikir banyak. Duit dah ada depan mata. Tak perlu susahkan diri.
Jenis ketua kampung macam ni ialah ketua kampung yg tunggu durian runtuh.
Satu lagi, pecat je Tok Imam yg kata takleh guna duit baitulmal. Hj,maikel kata kampung ni adalah NEGARA. Maka, ketua kampung adalah KETUA. Wajib ditaati dalam perkara kebaikan. Maka, ketua kampung ni tak perlu turut kata2 Tok Iman yg tak seberapa nak beriman ini yang menegah guna duit baitulmal untuk bina jambatan demi rakyat.
Terlalu banyak alasan dalam kisah ini. Maka, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.)
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.![]()
Ntahlah..
Ambe macam nampak ketua kampung nie xda karisma sebagai pemimpin.
Jika berbagai alasan tercipta kepada setiap usul yang diberi..
X mustahil, Jambatan itu x terbina.
Seharusnya, ketua kampung itu mengkaji usul yang diberikan, dihadam dan dilihat akan keburukan dan kebaikan usul tersebut.
Bukannya dengan, asal ada bantahan.. usul ditolak.
ketua Kampung ini juga x layak sebagai pemimpin kerna dengan hanya menerima pakai sebahagian pendapat penduduk dan menolak pendapat penduduk yang lain, atau dalam kata lain, ketua kampung tidak punyai pendirian dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk semua.
Sepertimana kisah Luqmanul Hakim dan anaknya..
Mustahil untuk kita memuaskan hati semua.
Tp,
Apapun.. dalam memilih sesuatu keputusan yang terbaik adalah memilih yang kurang mudharat kepada semua.
