am kurizawa
Active+ Member
- Messages
- 2,708
- Joined
- Jul 4, 2009
- Messages
- 2,708
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
PADANG BESAR: Upah RM100 untuk lambung. Itu habuan beberapa peniaga bunga api dan mercun di Padang Besar, Thailand, dekat sini, kepada peniaga tempatan yang bersedia membantu menyeludup bahan terlarang itu masuk ke Malaysia.
Mereka yang berminat diberi upah membawa kotak mercun ke pagar sempadan sebelum melambungnya melepasi pagar sempadan untuk disambut wakil pembeli yang membuat pesanan di Malaysia.
Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, aktiviti penyeludupan cara berkenaan didapati semakin menjadi-jadi menjelang Tahun Baru Cina yang disambut minggu depan.
“Taktik itu dikesan UPP selepas menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan pusat transit bahan letupan berkenaan sebelum diedarkan ke beberapa lokasi,” katanya.
Menurutnya, dalam serbuan jam 7.45 malam Rabu lalu, UPP merampas 60 kotak mercun pelbagai jenis yang dipercayai diseludup menggunakan taktik ‘lambung’ melepasi pagar sempadan di Kampung Melayu, di sini.
Katanya, mercun bernilai hampir RM60,000 itu ditemui di dalam sebuah stor di sebuah rumah di Kampung Kok Mak, di sini, sebelum menahan seorang lelaki berusia 22 tahun.-Mymetro