BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untung La Kau Ada Kabel...

Mr-Mus

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Messages
4,879
Paid Membership
Joined
Feb 22, 2009
Messages
4,879
Reaction score
254
Points
41
Artikel di bawah saya edit dari artikel Imam Muda Asyraf untuk pedoman kita bersama. Mudah-mudahan... :)

"KABEL"

“Kau buat apa sekarang?" Tanya Karim kepada Faizul. “Aku sekarang kerja di KL. Aku guna ayah saudara aku sebab dia orang kuat dengan Dato’ S. Aku terus permanent kat situ pakai kabel dia je.” Jawab Faizul. “Kau takpelah ada ayah saudara. Aku ni buat kontraktor, terpaksalah buat baik dengan Tan Sri L. Senang sikit dapat projek."

kabel.jpg


Manusia yang hebat adalah manusia yang hebat hubungannya dengan Allah SWT. Sehebat mana manusia itu di sisi manusia yang lain, selincah mana pergerakan di hadapan makhluk yang lain, selantang mana pertuturan pidato di hadapan orang lain. Ianya tidak dapat menandingi hati-hati makhluk yang amat kencang berhubung dengan RABBNYA. Kerana Allah SWT adalah sangat hampir dengan hamba-NYA. Mengapakah diperlukan jambatan andai ada sampan yang sudi melabuh. Apa gunanya tali, andai tangan mampu menyambut. Itulah ALLAH SWT. Ia amat hampir dengan hamba-hamba-NYA. Cuma manusia itu sering melupakan-Nya. Maka tidak mustahil Sang Pencipta menggelapkan impian. Andai yang jauh dipinta yang dekat dilupakan.

sujud-21.jpg


Ada pepatah, “Kalau tak ada kabel kuat susah juga nak dapat kerja.”

Wah! Begitu besar peranan kabel rupanya. Sehinggakan pintu rezeki itu boleh bergantung kepada mereka. Ada yang benar-benar sedaya upaya mendapatkan kabel seolah-olah kemudahan akan muncul dengan kelebihan kabel.

Fenomena berbangga dengan mengenali ‘orang itu’ dan ‘VIP ini’ dan ’pegawai itu’ dan ‘penguatkuasa ini’ sudah lama meracuni pemikiran kita. Mungkin apabila ianya tidak dikaitkan dengan akidah maka apa salahnya atau mungkin soal bergantung terus-menerus kepada manusia itu sudah sebati dalam hati kita membuatkan kita terlupa rupa-rupanya Allah SWT sudah menyediakan kepada kita kabel tanpa sebarang halangan iaitu ‘raka’atain’ (solat dua rakaat)...

doa.jpg


Bukanlah kita menyungkur dari memberi pertolongan. Namun jika pemikiran dan akal yang masih lama ‘Pakai Kabel’ masih tersemat di hati Umat Islam, maka sampai bila umat mampu berdiri sendiri. Benarlah kata Tun Dr Mahathir berkenaan ‘Budaya Tongkat’. Kita suka menggunakan alat bantu berbanding aksesori yang telah disediakan oleh Allah SWT. Maka menjadi budaya biasa apabila datangnya musim pelajar jurusan perguruan mahu ‘posting’ ke sesuatu lokasi, maka semuanya mula mencari kabel. Bila tidak mendapat pekerjaan, maka ‘orang dalam’ mula menjadi teman. Saya bukan menghalang meminta pertolongan. Tetapi biarlah pertolongan itu didahulukan dengan pencarian RABBI. Bukan terus menerus mencari yang berkedudukan di dunia. Sehingga terlupa Pemilik segala ‘Kedudukan’. Iaitu ALLAHU RABBI.

Ayuh kita menjadikan Kabel Allah SWT itu mendahului kabel-kabel makhluk yang tidak dapat merubah sesuatu. Meminta pertolongan itu berbeza dengan mempergunakan kekuasaan seseorang. Semoga kita menjadi umat yang utuh dengan akidah tanpa ‘Kabel’... :)

​
 
kalau betul2 boleh buat keje dan xponteng keje dan xaniaya org lain,xkesah pun pakai kabel rasanya
 
kalau betul2 boleh buat keje dan xponteng keje dan xaniaya org lain,xkesah pun pakai kabel rasanya

Kalau kita boleh semua tu, tak pakai kabel pun takpa. Boleh bersaing secara adil dengan hamba-hamba Allah yang lain yang serupa dengan kita. Mudah-mudahan... :D
 
kabel nie pun da macam syirik kecik da...hamba yang meletakkan harapan pada makhluk
 
Terbaik la TT...
=D>=D>=D>=D>
 
berkat ke pakai kabel2 ni? menidakkan peluang orang yang betul2 layak untuk jawatan tu
 
kalau pakai kabel nak ke mekah mcm mana pulak?
 
kalau pakai kabel nak ke mekah mcm mana pulak?

yer tak yer gak..klau dpt sekali oklah...bukan mudah dpt tunaikan..

nie berkali2 dpt gie haji....nabi sndiri pon tunai haji sekali..:-?:-?:-?

ramai yng ckup duit tapi tertutup peluang...

klau nak pergi makkah sekali tu tunaikan umrah ajerlah..
 
Back
Top
Log in Register