BTC USD 84,622.8 Gold USD 4,298.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untung 6 bulan DiGi RM800 juta

taikunx

Active Member
Messages
1,395
Joined
Dec 21, 2007
Messages
1,395
Reaction score
9
Points
25
Untung enam bulan DiGi RM800 juta
DIGI.Com Bhd (DiGi) mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM800 juta bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2008, meningkat 17 peratus daripada RM684 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya, berikutan prestasi operasi yang lebih baik.
Keuntungan lebih tinggi dicatatkan pengendali telekomunikasi mudah alih itu turut disumbangkan daripada penjimatan satu mata peratusan dalam bentuk kadar cukai.
Dalam kenyataan semalam, DiGi menyatakan pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan (Ebitda) syarikat meningkat 11 peratus kepada RM1.11 bilion berbanding RM999 juta pada 2007.
Pertumbuhan itu didorong terutama oleh pendapatan lebih tinggi, manakala pengenaan caj trafik yang lebih tinggi telah mengurangkan marjin Ebitda sebanyak satu mata peratusan kepada 47.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kengkawan tolong saya carikan keuntungan CELCOM & MAXIS tahun lepas
thanks..
 
Back
Top
Log in Register