BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Unta disangka ada pemberontak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MOGADISHU 14 Sept. - Askar Kesatuan Afrika (AU) menembak mati 11 ekor unta di ibu negara Somalia ini pada malam semalam kerana menyangka pemberontak melancarkan serangan dengan berselindung di sebalik haiwan yang sedang berlari itu.

Pemberontak Al Shabaab kadang kala bersembunyi di sebalik penduduk awam dan kenderaan yang lalu-lalang sebelum menyerang, dan pasukan pengaman dalam misi AMISOM itu menyangka gerila berselindung di belakang unta yang lari melepasi jalan masuk ke lapangan terbang Mogadishu.

"Kami menyangka pemberontak dan tentera AMISOM bertempur malam tadi, tetapi pagi ini kami hanya menemui 11 bangkai unta," kata seorang penduduk, Farah Aden semalam.

Setiap unta mempunyai sekurang-kurangnya 10 kesan tembakan dan kawasan kejadian berlumuran darah, katanya.

"Kami mengaku berlaku kesilapan dan kami telah bercakap dengan tuan punya unta," kata Barigye Ba-hoku, jurucakap bagi tentera AU yang menghadapi serangan hampir setiap hari daripada puak pemberontak.

Beliau menjelaskan, askar terlibat baru menyertai misi dan tidak tahu tentang pergerakan unta itu.

"Mereka kata mereka diserang dan dengan itu melepaskan tembakan," katanya. - Reuters
 
Back
Top
Log in Register