BTC USD 83,958.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

20 unta hilang kelayakan kerana botoks

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,497
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,497
Reaction score
347
Points
141
UNTAA.jpeg

Gambar fail unta berlumba dalam satu festival di Al-Fulaij pada 30 Oktober 2021. - AFP

MUSCAT – Sebanyak 20 ekor unta hilang kelayakan bertanding dalam pertandingan ratu cantik unta selepas haiwan-haiwan itu didapati menjalani pelbagai prosedur pembedahan kosmetik, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Juri Festival Kecantikan Unta 2026 di Al Musanaa, Oman bertindak demikian selepas unta-unta itu didapati menggunakan botoks, pengisi (filler) bibir, pembentukan semula silikon dan bonggol tiruan.

Sebilangan unta mempunyai tanda-tanda implan silikon untuk membentuk semula hidung, manakala ada yang menerima suntikan hormon pertumbuhan otot.

Antara ciri kecantikan yang dinilai oleh panel juri termasuk bulu berkilat, leher panjang dan cantik, bibir penuh, bulu mata panjang dan bonggol pejal.

Doktor-doktor haiwan sebelum ini memberi amaran bahawa peningkatan prosedur kosmetik menimbulkan risiko kesihatan yang serius kepada unta.

Pengisi boleh mencetuskan radang kronik, suntikan hormon boleh menyebabkan ketidakseimbangan dan masalah kesuburan, manakala botoks mengganggu unta untuk mengunyah dan minum. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register