BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

United mula langkah pancing van Persie

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
su_06.1.jpg


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengesahkan bahawa beliau telah mengemukakan bidaan untuk mendapatkan penyerang sensasi Arsenal, Robin van Persie pada Jumaat lalu.

Ferguson mula menaruh minat untuk mendapatkan khidmat van Persie selepas pemain antarabangsa Belanda itu enggan untuk melanjutkan kontrak bersama Arsenal.

Van Persie mash ada baki kontrak selama setahun di Emirates.

Selain United, Manchester City dan Juventus turut dikaitkan dengan pemain yang telah meledak 30 gol pada aksi Liga Perdana England musim lalu.

Begitupun, Arsenal dilaporkan telah menolak tawaran United kerana mereka mahu sekurang-kurangnya £20 juta (RM99 juta) untuk pemain berusia 28 tahun itu.

"Arsenal telah mendedahkan bahawa kami telah membuat bidaan untuk van Persie," ujar Ferguson.

"Kami mahu menjalankan rundingan itu secepat mungkin sehingga perjanjian itu berjaya. Tiada guna untuk bercakap tentang sesuatu perkara yang tidak mungkin akan berlaku.

"Banyak kelab lain berminat dengan pemain itu dan kami turut menunjukkan minat kami. Buat masa ini, kami masih berada dalam proses rundingan,"

Sebelum ini, kapten Arsenal itu mengejutkan pengurus, Arsene Wenger menerusi kenyataan bahawa dia enggan beraksi bersama The Gunners yang dilihat tidak dapat memenuhi cita-citanya sebagai pemain untuk menjulang trofi.

Berita tersebut telah mendorong minat United, City dan Juventus untuk cuba memikat van Persie selain berhasrat untuk memantapkan jentera serangan dalam pasukan masing-masing. - AFP


kalau jadi persie bergandingan dengan mat raaney .. perggh ..
 
Alex Ferguson dulu nak pancing aku
aku xnak..bayar murah sgt..
 
Van Persie ganding dengan Rooney? Kenapa aku rasa macam susah nak berjaya
 
pancing la..
jap lg aku tukar avator aku ke arteta plak..
 
Back
Top
Log in Register