BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UNISEL Tawar Biasiswa Buat Pelajar DUN Permatang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,815
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,815
Reaction score
7,754
Points
916
15.06.2020 - Shah Alam, Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang ditawarkan biasiswa pengajian ke Universiti Selangor (Unisel).

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata tawaran Biasiswa Bestari Unisel berjumlah RM3,000 itu akan disalurkan pada semester pertama untuk semua program diploma dan ijazah sarjana muda di Unisel Kampus Bestari Jaya.

Katanya, sebagai DUN dengan motto Permatang Peduli Ilmu, ia adalah satu cara bagi menggalakkan anak-anak di Permatang melanjutkan pelajaran ke Unisel dan pada masa sama meningkatkan taraf pendidikan mereka terutama dari keluarga B40.

“Saya menyokong usaha murni ini memandangkan Unisel terletak dalam DUN Permatang, dan ia juga menjadi universiti pertama di Malaysia milik Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Rozana berkata menerusi biasiswa berkenaan, Unisel akan menanggung kos pengajian bagi semester pertama berikutan terdapat pelajar tidak dapat menyambung pengajian ke universiti disebabkan kekangan kewangan bagi membayar yuran permulaan.

“Apabila pelajar ini memasuki semester kedua, dengan keputusan dari semester pertama, mereka boleh memohon biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Negeri,” katanya.

Pendaftaran pelajar baharu bagi pengambilan Julai dan Ogos tahun ini kini dibuka dengan yuran pendaftaran hanya RM100 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-55223400 atau WhatsApp ke 018-5714084 atau 018-5714087.

rozana-960x654.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/unisel-tawar-biasiswa-buat-pelajar-dun-permatang/
 
UNISEL, 10 DUN Kerjasama Tawar Biasiswa Bestari

16.06.2020 - Shah Alam, Universiti Selangor (Unisel) bekerjasama dengan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) menawarkan Biasiswa Bestari membantu pelajar melanjutkan pengajian untuk program diploma dan ijazah sarjana muda di Kampus Bestari Jaya.

Pengarah komunikasi korporatnya berkata DUN terlibat adalah Sungai Tua, Rawang, Kota Anggerik, Taman Medan, Sungai Kandis, Permatang, Bukit Melawati, Meru, Ijok dan Kuang.

“Biasiswa berupa yuran pengajian percuma bagi semester pertama ini ditawarkan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pengajian Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia di DUN tersebut,” kata Hasril Abu Hassan.

Menariknya, beliau berkata pendaftaran pelajar baharu termasuk pengajian Asas bagi kemasukan Julai dan Ogos kini dibuka dengan yuran pendaftaran hanya RM100 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-5522 3400 atau WhatsApp ke 018-571 4084 / 018-571 4087 atau layari laman sesawang di www.unisel.edu.my

104649310_3079195222156418_627070147135905769_o.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/unisel-10-dun-kerjasama-tawar-biasiswa-bestari/
 
Back
Top
Log in Register