BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

unifi mobile

180121-tm-mobile-unifi-prepaid-01b-580x580.png



Unifi Mobile hadir dengan penawaran digital, dimana anda boleh memuat-turun aplikasi dan mendaftar akaun, seterusnya mendapatkan kad SIM dan menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile ini.

Unifi Mobile hadir dengan penawaran digital, dimana anda boleh memuat-turun aplikasi dan mendaftar akaun, seterusnya mendapatkan kad SIM dan menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile ini.

Untuk tempoh promosi sehingga 31 Mac 2018 kelak (atau sehingga stok masih ada), Unifi Mobile menawarkan pendaftaran akaun percuma dengan data percuma 20GB untuk digunakan pada rangkaian LTE. Telekom Malaysia memanggilnya sebagai pelan Bebas. Ia turut hadir dengan 10 minit panggilan percuma, dan 10SMS percuma bersama dengannya.

Menggunakan Unifi Mobile, pengguna boleh menambah sebarang tambahan dengan mudah melalui aplikasi mudah-alih. Sebagai contoh, sekiranya data atau pelan panggilan anda habis digunakan, anda boleh membeli penambahan. Unifi Mobile mengatakan semua penambahan tiada tarikh luput – tetapi anda perlu memastikan akaun anda aktif setiap 90 hari dengan membeli sekurang-kurangnya satu penambahan.

Untuk penawaran penambahan pelan data, ia boleh dikatakan sedikit mahal berbanding syarikat komunikasi lain, iaitu:
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13

Untuk internet asas, ia hanya dioptimasikan untuk penggunaan aplikasi WhatsApp, Facebook dan sebagainya yang memerlukan akses internet perlahan. Seperti biasa, anda boleh melanggan sebarang pakej tambahan ini, dan berkongsinya melalui penggunaan hotspot – sedikit berbeza dengan penawaran pelan Webe sebelum ini.

Untuk penambahan pelan panggilan dan SMS pula, Unifi Mobile menawarkan penambahan:
200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak aplikasi Unifi Mobile di Android atau iOS, dan mencubanya sendiri.

nak tanya.... dah ade sesape yg guna line ni tak....
baru je dpt email mengenai line baru ni


pakai banyak agak mahal..... tapi kurang pakai agak jimat la.....
yg aku paham utk kekal aktif hanya topap rm10 utk 90hari.....

niat memang nak MNP ke sini.sbb pakai mobile data dlm 3gb je sebulan.tetap kene topup 30.yg ni mcm jimat sikit kot.yang aku faham selagi line aktif mana data yg belum habis pakai x kan burn
 
Tempoh aktif tu yg tak faham. Ada yg kata kena guna, ada yg kata top up je..

Lepas tu dah abis kuota, dia stop terus ke? Ke dia jadi slow?

x jalan terus kot
sbb dlm sim....ada minitcall sms data ja
takdak kredit duit
toi tak?
so....takdak istilah ppu lagi dah.. :)cgrock
 
ok.. aku dah try utk 5 simm yg dah ambek bebrapa hari lps...

1. fon YES bini aku yg dpt free tu..:D
2 tablet (yg free juga..)
3. Nokia windows lumia 930...
4. Modem yg pakai cucuk kt lptop tu..
5. MIfi model AT&T Sierra
6. MIFI.. Lupa model (tp keluaran maxis dulu ... mmg dah crack blh pakai lain2 simm juga...)
7. Iphone 7 plus...

kesimpulan nya ialah... klu sape2 yg berangan cuma nak guna internt LTE 4G yg dia offer free 20g tu.. lupakan saja lah kecuali klu pakai fon yg modem band 5...#:-S
dlm byk2 gajet yg disenaraikan itu.. hanya iphone 7 pun tu je yg dpt LTE.. yg lain semua gagal melepasi sasaran.. nak call & SMS blh..
klu dpt line 3G..dpt la ambek kouta 50mb free tu..:">

Apa barang 50mb.. dah la slow gila..~X(

kiranya fon yes cikgu..tak leh guna la ek
4G gak tu...huhu
 
niat memang nak MNP ke sini.sbb pakai mobile data dlm 3gb je sebulan.tetap kene topup 30.yg ni mcm jimat sikit kot.yang aku faham selagi line aktif mana data yg belum habis pakai x kan burn

ya betul.... xde istilah burn data x guna utk unifi mobile ni ......
kalo topap tiap2 bulan mesti akan terkumpul cuma harga utk data tu agak mahai le dari telco lain..... tp kalo jarang pakai ok la jimat
 
iphone start dari iphone 5 dan ke atas semua support band 5 ni, xde masalah
guna sampai lebam
 
Back
Top
Log in Register