BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

unifi mobile

copy left

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,614
Joined
Jun 25, 2008
Messages
28,614
Reaction score
1,063
Points
201
180121-tm-mobile-unifi-prepaid-01b-580x580.png



Unifi Mobile hadir dengan penawaran digital, dimana anda boleh memuat-turun aplikasi dan mendaftar akaun, seterusnya mendapatkan kad SIM dan menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile ini.

Unifi Mobile hadir dengan penawaran digital, dimana anda boleh memuat-turun aplikasi dan mendaftar akaun, seterusnya mendapatkan kad SIM dan menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile ini.

Untuk tempoh promosi sehingga 31 Mac 2018 kelak (atau sehingga stok masih ada), Unifi Mobile menawarkan pendaftaran akaun percuma dengan data percuma 20GB untuk digunakan pada rangkaian LTE. Telekom Malaysia memanggilnya sebagai pelan Bebas. Ia turut hadir dengan 10 minit panggilan percuma, dan 10SMS percuma bersama dengannya.

Menggunakan Unifi Mobile, pengguna boleh menambah sebarang tambahan dengan mudah melalui aplikasi mudah-alih. Sebagai contoh, sekiranya data atau pelan panggilan anda habis digunakan, anda boleh membeli penambahan. Unifi Mobile mengatakan semua penambahan tiada tarikh luput – tetapi anda perlu memastikan akaun anda aktif setiap 90 hari dengan membeli sekurang-kurangnya satu penambahan.

Untuk penawaran penambahan pelan data, ia boleh dikatakan sedikit mahal berbanding syarikat komunikasi lain, iaitu:
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13

Untuk internet asas, ia hanya dioptimasikan untuk penggunaan aplikasi WhatsApp, Facebook dan sebagainya yang memerlukan akses internet perlahan. Seperti biasa, anda boleh melanggan sebarang pakej tambahan ini, dan berkongsinya melalui penggunaan hotspot – sedikit berbeza dengan penawaran pelan Webe sebelum ini.

Untuk penambahan pelan panggilan dan SMS pula, Unifi Mobile menawarkan penambahan:
200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak aplikasi Unifi Mobile di Android atau iOS, dan mencubanya sendiri.

nak tanya.... dah ade sesape yg guna line ni tak....
baru je dpt email mengenai line baru ni


pakai banyak agak mahal..... tapi kurang pakai agak jimat la.....
yg aku paham utk kekal aktif hanya topap rm10 utk 90hari.....
 
Last edited:
Dh apply nk ambik kt muzium telekom td habih stok plk tunggu hr isnin la
 
Tok dah subscribe.. Ambil 3.. Bagus jika outsation.. Kedua takde expire date
 
Coverage pakai line celcom kan. Celcom dah la slow mengalahkan siput vavi. Mahal la rm50 . Better pakai digi
 
dia guna line apa yea? coverage mcmmana?
 
bg aku ok la plan paling murah utk yg jarang guna call dan sms.... topap je internet asas rm13 dpt 1gb utk 90hari pastu nk call plak beli rm10 semua sekali rm23 utk 3 bulan......

tp masalahnye tempat yg xde LTE rugi.... kalau beli yg 50 dpt 4gb je sbb 4gb lg hanya utk tempat yg ada LTE.....
 
Back
Top
Log in Register