BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UNIFI (HSBB) *update

Yang mana anda harapkan utk Menguruskan membangun dan menghasilkan HSBB


  • Total voters
    0

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,554
Top Poster #10
Joined
Jul 1, 2008
Messages
64,554
Reaction score
7,803
Points
881
LATES

Telekom Malaysia suspends download cap for UniFi

By JO TIMBUONG

[email protected]

PETALING JAYA: Good news. The download cap on Telekom Malaysia’s UniFi high speed broadband service packages has been suspended.


The telco made the announcement on the Twitter microblogging site today and said it made the decision after taking into account public feedback on the cap.

“NO volume cap 4 all #unifi packages 4 now. Decision due to public feedback. TM will only monitor usage pattern 4 time being (sic),” read the tweet.


A spokesman for Telekom Malaysia told In.Tech that the telco, however, does still reserve the right to enforce a download limit to ensure all UniFi subscribers receive equal service quality.

Yesterday, many Malaysians complained on Twitter about the cap. They were disappointed because the cap would restrict the daily amount of data they can download via the high speed broadband service. (See report at http://bit.ly/ddk67k.)

They were also disappointed to learn that if the cap was exceeded, their connections would be throttled down to about 10% of the purchased speed. UniFi is available in 5Mbps (megabits per second), 10Mbps and 20Mbps packages.

With the latest announcement by Telekom Malaysia, many people are rejoicing. Among them is communications consultant Justin Then, who said he’s happy to note that Telekom Malaysia listens to consumers.

“Capping our high speed Internet access doesn’t make sense, if the Government wants Malaysians to seek out knowledge and be innovative,” he said.

A Twitter user, who asked to be identified only as Flo, said she’s glad Telekom Malaysia has decided not to employ the cap for now.

“We are paying a premium for technology that offers super high bandwidth, so a daily cap shouldn’t be applied. There’s no value in that; we would be better off with regular broadband,” she said.




PAKEJ HOME USER
43691856.jpg


UniFi is offering 3 residential and 3 business packages.

For residential VIP5 is RM149 a month, VIP10 is RM199 a month and VIP20 is RM249 a month. Each package comes with voice, different Internet speeds and either a basic or premium HyppTV subscription.

For businesses, BIZ5 is RM199 a month, BIZ10 is RM599 a month and BIZ20 is RM899 a month.
Each package comes with attractive call plans, different Internet speeds and a host of complimentary services.

MAKLUMAT LANJUT http://www.unifi.my



[email protected]
2010/03/18



TELEKOM Malaysia Berhad (TM) yang akan melancarkan perkhidmatan Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) generasi masa depan 24 Mac ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan memaparkan gaya hidup interaktif jalur lebar kepada orang ramai.

hidup interaktif jalur lebar itu termasuk hiburan ditunjukkan di beberapa gerai pameran interaktif. Majlis itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 7 malam hari berkenaan. Justeru, pameran yang akan dibuka hingga 25 Mac nanti bakal mempamerkan pelbagai aplikasi multimedia untuk hiburan termasuk permainan interaktif dan perkhidmatan TV protokol Internet (IPTV).

TM menjemput semua orang untuk melihat dan merasai pengalaman persekitaran HSBB secara langsung sempena pameran itu bermula 24 Mac jam 7 malam hingga 10.30 malam dan 25 Mac dari jam 8 hingga 10 malam. Pameran itu juga akan diserikan aktiviti hiburan termasuk permainan dan pertandingan, cabutan bertuah dan konsert terbuka oleh Bunkface, Aizat, Pop Shuvit, Faizal Tahir, Tomok dan Stacy.

Untuk menantikan detik pelancaran HSBB generasi masa depan, Menara TM di Jalan Pantai Baru akan dihiasi cahaya berbentuk grafik menunjukkan nombor 1 setiap malam bermula esok hingga 24 Mac. Perdana Menteri akan menjadi tetamu kehormat sempena acara pelancaran inisiatif Pelaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) seterusnya melancarkan NBI dan perkhidmatan HSBB generasi masa depan TM yang menjadi antara inisiatif utama NBI. Pelancaran NBI akan disiarkan secara langsung ke Sarawak manakala TM pula akan memperkenalkan penjenamaan khidmat runcit HSBB yang menawarkan khidmat suara, video (IPTV dan Video dalam Permintaan) serta Internet kelajuan tinggi bermula pada kepantasan 10 Mbps dan ke atas. Dimeterai pada September 2008, projek HSBB kebangsaan RM11.3 bilion adalah perjanjian perkongsian antara TM dengan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur generasi masa depan HSBB untuk negara. TM melabur sehingga RM8.9 bilion manakala selebihnya oleh kerajaan. Menjelang akhir 2012, mengikut penyelesaian fasa pertama projek HSBB kebangsaan, kira-kira 1.3 juta premis akan mempunyai akses kepada khidmat HSBB TM terutama di Zon 1 iaitu kawasan ekonomi utama termasuk Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan beberapa kawasan industri di sekitarnya. Empat kawasan awal yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar dengan kira-kira 300 pengguna sudah sedia terbabit dengan percubaan HSBB. Orang ramai yang berminat dijemput mendaftar awal melalui laman web TM di alamat, www.tm.com.my



TM belum muktamad
Oleh Hatipah Ahmad
[email protected]

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) belum membuat pengumuman rasmi mengenai siapa yang bakal menerima kontrak projek infrastruktur Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan ia akan dibuat tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata ia projek HSBB yang pertama di negara ini dan membabitkan kerja infrastruktur fiber optik serta pembangunan rangkaian teras berteknologi tinggi.

Katanya, projek itu membabitkan teknologi baru yang kompleks dan peralatan tidak dihasilkan di Malaysia. Justeru, hanya pengeluar antarabangsa mampu membangun dan menghasilkan peralatan canggih dengan sistem terbukti.

“Bagi memastikan ia berjalan lancar dengan risiko minimum serta kualiti perolehan terbaik, TM melakukan proses tender terbuka terus kepada pembekal prinsipal dan memastikan mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu.





“Langkah itu mengurangkan risiko perniagaan kepada syarikat tempatan di samping menggalakkan peralihan teknologi serta meningkatkan keupayaan.

“Sehingga akhir September, TM memberikan kerja kontrak berkaitan HSBB bernilai RM1.18 bilion dan lebih 200 pembekal tempatan diberikan kontrak RM600 juta,” katanya dalam kenyataan sebagai reaksi gesaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang kecewa dengan keputusan TM melantik empat syarikat asing iaitu tiga dari China dan satu dari Perancis sebagai kontraktor utama dalam projek HSBB.

Presidennya, Syed Ali Alattas dalam satu sidang akhbar semalam berkata, DPMM menggesa TM sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertanggungjawab membantu pembangunan syarikat tempatan memperbetulkan situasi itu bagi mencapai agenda nasional.

Beliau berkata, pelantikan empat syarikat asing sebagai kontraktor utama projek HSBB menafikan hak syarikat tempatan untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi negara.

apa pilihan anda ??? nak suruh syarikat oversea yg buat atau syarikat tempatan yg buat ??
 
Last edited:
kalo ak bek syarikat lua negara buat..
lagi baguih..
 
obersea...kalu local company politik kuat...
 
kalo ak bek syarikat lua negara buat..
lagi baguih..

aku pon pikir mcm tu gak ... lebih baik syarikat luar sebagai konsulten je yg laksana biakan syarikat tempatan .. itu pon bagui gak .. mcm pemindahan teknology la lebih kurang cam tu .. :-? ... risau ada plak yg sub sub sub sub sub tender ... last2 hampeh gak .. :-?
 
obersea.. tp jgn makan kamsen la
tp syaratkan recruitment quota utk malaysian citizen..
bule cilok technology depa skit kot
 
aku sokong oversea.. bab teknikal diorang lagi tinggi.. diorang boleh compare kelajuan.. lagi laju lagi bagus.. kang di baginya syarikat tempatan.. diorang akan kata 1 Mb tu dah tinggi maksimum..kalau nak lebih diorang markup 400%.. hahaha.. tapi kalo jenis maen politik gak tak tau la den.. sub-sub-sub.. peruntukan dari 100% tinggal 10%.. nak wat apa ngan 10% dari peruntukan.. 90% poei mano? tu yang den maleh komen pasal ni.. khohkhokhh
 
aku pon pikir mcm tu gak ... lebih baik syarikat luar sebagai konsulten je yg laksana biakan syarikat tempatan .. itu pon bagui gak .. mcm pemindahan teknology la lebih kurang cam tu .. :-? ... risau ada plak yg sub sub sub sub sub tender ... last2 hampeh gak .. :-?

if sykt lua yg amek projek nie..
isyaAllah akan siap cepat..:)paid
 
mattop tak leh komen... ada konflik nanti... wkakkaka/.....wakakka
 
Back
Top
Log in Register