BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMT Bantu Remaja Berdepan Kekangan Kewangan Teruskan Pengajian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

UMT Bantu Remaja Berdepan Kekangan Kewangan Teruskan Pengajian​

587bff60f47847c948bda0eaed4d022d6a50cd66d971d

Naib Canselor UMT Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim (tiga, kanan) menyerahkan surat tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kepada Nurul Amira Abdul Hamid, 18 di kediamannya di Kampung Parit Jawa, Batu tiga hari ini.

Kegembiraan Amira menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti hampir bertukar menjadi kekecewaan apabila keluarganya tidak mampu menanggung kos pendaftaran dan yuran pengajian.

Keprihatinan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengubah nasib Nurul Amira apabila universiti itu tampil menghulurkan bantuan kewangan bagi mengikuti Program Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) selama setahun dan akan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Keadaan keluarga yang tidak mampu menanggung kos pendaftaran dan yuran pengajian membuatkan seorang remaja hampir menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti yang diterimanya.

Kekangan kewangan dihadapi Nurul Amira Abdul Hamid, 18, itu akhirnya mendapat perhatian Univeristi Malaysia Terengganu (UMT) yang tampil menghulurkan bantuan bagi membolehkan dia mengikuti Program Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) selama setahun dan akan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim).

Anak bongsu daripada tiga beradik itu, berkata dia pada mulanya bercadang menolak tawaran berkenaan kerana keluarganya berdepan masalah kewangan apabila bapa, Abdul Hamid Othman, 58, mempunyai masalah kesihatan manakala ibunya Asmah Che Ros, 53, hanya suri rumah.

"Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya bekerja di sebuah kedai barangan dengan gaji RM1,300 sebulan untuk membantu ibu dan ayah. Saya menghubungi pihak UMT dan memaklumkan keadaan saya yang tidak mampu untuk melanjutkan pengajian akibat masalah kewangan.

"Apabila dimaklumkan mereka boleh bantu, saya berasa seronok dan sangat bersyukur," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Parit Jawa di sini hari ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau itu berkata UMT telah membantu mendapatkan Dermasiswa Al-Ikhlas sebanyak RM500 selain bantuan lain bagi meringankan beban yuran pengajiannya.

Sehubungan itu, Nurul Amira yang memperoleh 3A dalam SPM amat berterima kasih kepada UMT kerana membantunya dan membayar RM400 untuk yuran berkaitan.

Sementara itu, Naib Canselor UMT Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata pihaknya mengambil pendekatan turun padang menemui pelajar dan keluarga yang menghadapi kesukaran kewangan bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir.

"Kami mengambil tanggungjawab untuk datang berjumpa pelajar dan ibu bapa mereka. Kami juga menyerahkan bantuan kewangan serta menjemput pelajar ke kampus kerana keluarga tidak mampu untuk menghantar mereka.

 
Back
Top
Log in Register