BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMS Kekal Utamakan Pelajar Tempatan, Perkasa Agenda Pengantarabangsaan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

UMS Kekal Utamakan Pelajar Tempatan, Perkasa Agenda Pengantarabangsaan​

15942e1ab3673cb9b389adedcf4245e16a49fade746b2

--kredit FB Universiti Malaysia Sabah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan peningkatan pengambilan pelajar antarabangsa tidak menjejaskan peluang pelajar tempatan, khususnya anak Sabah untuk melanjutkan pengajian di universiti awam.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur berkata dakwaan peningkatan pelajar antarabangsa di universiti awam hingga mengorbankan peluang pelajar tempatan adalah tidak tepat serta tidak disokong oleh data dan realiti sebenar.

Beliau berkata data rasmi UMS menunjukkan kemasukan pelajar tempatan meningkat daripada 18,286 orang pada 2024 kepada 20,287 orang pada 2025, iaitu pertambahan 2,001 orang atau 10.94 peratus.

“Dalam tempoh sama, enrolmen pelajar antarabangsa turut meningkat secara sederhana daripada 712 kepada 873 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Fakta ini jelas menunjukkan bahawa pertambahan pelajar antarabangsa berlaku seiring dengan peningkatan kemasukan pelajar tempatan, bukannya menggantikan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kasim berkata kesimpulan bahawa pelajar antarabangsa menjejaskan peluang pelajar tempatan tidak boleh dibuat hanya berdasarkan jumlah keseluruhan enrolmen universiti, kerana angka berkenaan merangkumi pelbagai kategori pengajian termasuk prasiswazah, pascasiswazah, program mobiliti, pengajian dalam talian dan program jangka pendek yang mempunyai mekanisme kemasukan berbeza.

Beliau berkata pengambilan pelajar antarabangsa bagi program prasiswazah juga dihadkan sekitar 10 peratus, bagi memastikan keutamaan kepada pelajar tempatan terus terpelihara.

Sebagai universiti yang berpaksikan Sabah dan Borneo, beliau berkata UMS mempunyai tanggungjawab untuk membuka seluas-luasnya akses pendidikan tinggi kepada anak-anak Borneo, termasuk dari kawasan pedalaman dan luar bandar.

Pada masa yang sama, kehadiran pelajar antarabangsa merupakan sebahagian daripada agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara bagi memperkukuh kualiti akademik, penyelidikan, jaringan antarabangsa serta reputasi universiti Malaysia pada peringkat global.

 
Back
Top
Log in Register