BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,344.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Gila

dienbiz

Active Member
Messages
2,439
Joined
Mar 16, 2006
Messages
2,439
Reaction score
1
Points
30
Bukan aku kata, Lim yg kata....:eek::eek::eek:

Dewan Rakyat kecoh angkara Lim dakwa 'Umno gila'
WAN NORDIN WAN YAACOB
Wed | Mar 25, 09 | 4:02:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan pertikaman lidah antara wakil Barisan Nasional dan DAP berikutan kenyataan Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) "Umno gila'.
Iklan

Perbalahan berlaku antara Lim dengan beberapa ahli Parlimen BN antaranya Dr Mohd Puad Zarkashyi (BN Batu Pahat); Dato' Mohammad Aziz (BN Sri Gading); Dato' Abdul Ghappur Salleh (BN Kalabakan); Dato' Bung Mokhtar Raden (BN Kinabatangan).

Sebaik sahaja Lim mengeluarkan kenyataan "Umno gila' dan disambung lagi dengan kononnya beliau mahu menyatakan 'Umno gila kuasa', beberapa ahli Parlimen BN berteriak.

Mereka meminta Lim menarik kembali kenyataan tersebut yang didakwa menghina ahli Dewan, namun Lim tetap enggan menarik kembali kenyataan tersebut.

Beberapa wakil BN bangun menyelar dengan perkataan antaranya 'anjing' dan membunyikan suara anjing kepada Lim serta beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Paling menarik apabila wakil Sri Gading yang meminta Lim menarik semula kenyataan menyatakan beliau tidak kisah jika Lim menyatakan "umno gila kuasa kerana DAP puan gila kuasa. Tetapi beliau tersentuh apabila Lim menyatakan kononnya 'Umno gila'.

Tuduh menuduh terus berlaku dan beberapa ahli Parlimen DAP lain lagi mencelah antara satu sama lain.

Pertikaman lidah berlaku hampir 20 minit memaksa Speaker, Dato' Ronald Kiandee memerintahkan Lim dan Bung Mohktar menarik kembali kenyataan masing-masing yang dikatakan menghina antara satu sama lain.

Namun Lim yang terlebih dahulu diminta menarik kenyataannya enggan berbuat demikian dan Ronald mengarahkan beliau dikenakan tindakan keluar dewan hingga jam 1.00 petang.

Lim sebaliknya bertegas menyatakan beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.

Beliau sebelumnya mempertikaikan tindakan tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Kekecohan itu tidak terhenti hanya setakat perbalahan antara Lim dan beberapa anggota Parlimen BN, sebaliknya pada jam 12.30 hingga 1.00 petang sekali lagi perbalahan kecil terjadi.

http://www.youtube.com/watch?v=ajejY4Yr_Z0

http://www.youtube.com/watch?v=29O9qTNK7sA

http://www.youtube.com/watch?v=DCNCnPzBkWs

http://www.youtube.com/watch?v=VHzJ8cILwJo

http://www.youtube.com/watch?v=8c0ycTHP-_I
 
mmg giler pun...

giler kuasa
giler kerusi
giler jawatan
giler rasuah
giler projek

pendek kata mmg giler laa...
:))
 
Back
Top
Log in Register