BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO, BN Selesa Kerjasama Dengan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
1ae64ee026d6b5330352c9c245b5fc3169f7045355248

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemubual media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), selepas menghadiri Majlis Sambutan 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) selesa bekerjasama dengan setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan kerana semua pihak berkongsi matlamat sama khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata keselesaan yang terjalin bukan bermaksud mana-mana pihak bersikap leka, sebaliknya terbina hasil persefahaman kukuh antara parti kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terus dibebani polemik politik.

“Rakyat mesti tidak dipersulitkan dengan polemik berlarutan dan perbezaan pendirian atau pandangan setiap masa,” katanya dalam temu bual khas sempena ulang tahun ke-80 UMNO, di sini baru-baru ini.

Pengerusi BN itu berkata demi kepentingan rakyat, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk mengetepikan perbezaan dan ketidakselesaan politik bagi memastikan setiap agenda dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berkata kerajaan memberi keutamaan kepada perkara yang menjadi titik persamaan antara manifesto parti-parti bertanding pada PRU15, terutama dalam isu kos sara hidup, pendidikan dan pengangguran.

“Kemudian tentang pendidikan, pengangguran, itu tidak ada pertikaian pun antara parti-parti yang bertanding,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau berkata sebanyak 47 peratus kandungan manifesto parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mempunyai persamaan, sekali gus menjadi asas kukuh kepada kerjasama sedia ada.

“Jadi kenapa kita mahu melayan perbezaan jika kita mempunyai matlamat yang sama?

"Selain itu, terdapat perkara-perkara terperinci yang kita harus tangani, itu sebabnya kita mempunyai Majlis Perundingan Antara Parti untuk merundingkan perbezaan dan melaksanakan kebersamaan daripada manifesto untuk mempunyai tujuan jelas," katanya.

 
Back
Top
Log in Register