BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Abai Label Negatif, Fokus Bina Semula Kekuatan Parti - Mohamad

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
56b856963ed9f924cf38fd6463427b0d69b3772d5d39b

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab pertanyaan wartawan pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Luar malam tadi.

UMNO memilih untuk tidak melayan pelbagai label negatif yang dilemparkan pihak tertentu, sebaliknya tekad menumpukan usaha memperkukuh keharmonian dalaman parti sebagai langkah utama untuk bangkit semula.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu kini dalam proses membina semula kekuatan bermula dari peringkat akar umbi bagi memastikan perpaduan ahli menjadi asas utama menghadapi cabaran akan datang.

“Jadi tak kisahlah orang label kita ‘rumah hantu’ (kerana inisiatif Rumah Bangsa), terpulang, orang tua-tua kata bahasa menunjukkan bangsa, kalau nak tunjukkan kita daripada orang baik-baik gunakanlah bahasa yang baik terutama dalam bulan puasa ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau di sini, malam tadi.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan UMNO membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat dan digantung keahlian untuk kembali ke parti itu di bawah inisiatif "Rumah Bangsa” tanpa mengenakan sebarang syarat.

Mengenai persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN), Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata UMNO mula membincangkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan PRN Melaka pada hujung tahun ini dan Johor pada tahun depan.

"Sekarang kita mengarahkan cawangan bermesyuarat awal pada April dan Mei manakala bahagian pada Jun hingga Julai, selepas itu kita beri tumpuan membantu rakan-rakan di Melaka dan Johor,” katanya.

Selain itu, beliau berkata keutamaan UMNO ketika ini adalah menyokong usaha kerajaan untuk mengekalkan momentum kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara terutama ketika menghadapi kesan konflik di Asia Barat yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register