BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Ultraman' ditahan dalam sambutan kemerdekaan Perak, elak insiden berulang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
421612-421612.jpg


'Ultraman' ditahan dalam sambutan kemerdekaan Perak, elak insiden berulang


Ipoh: Polis menahan lelaki yang memakai kostum 'ultraman' ketika sambutan Hari Kemerdekaan 2026 Peringkat Perak, di sini, hari ini kerana dipercayai berada di kawasan pentas utama yang menempatkan tetamu diraja dan kenamaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, warga tempatan berusia 40 tahun itu ditahan pada 5 pagi selepas dilihat mencurigakan, namun tiada kacau ganggu dilakukan.

"Kita ambil tindakan pantas untuk tempatkan (tahan) dia dahulu dan memang dia ada rekod kesihatan psikiatri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan 2026 negeri Perak yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut berkenan berangkat adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Menurut Mohd Alwi, penahanan sementara itu juga bagi menjamin kawalan keselamatan semua pengunjung terjamin, khususnya tetamu diraja.

"Lelaki itu akan tetap dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tanjung Rambutan untuk pengesahan dan tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, acara perarakan dan sambutan kemerdekaan tahun ini berjalan lancar apabila seramai 525 pegawai dan anggota polis bertugas bermula jam 5 pagi merangkumi kawalan keselamatan dan lalu lintas.

Tahun lalu, acara sambutan sempena kemerdekaan peringkat negeri itu gempar apabila seorang wanita yang disahkan sebagai pesakit mental meluru ke arah Sultan Nazrin yang sedang memberi tabik hormat ketika lagu kebesaran Perak berkumandang.

Wanita itu yang dikenal pasti sebagai Nurhaswani Afni Mohamad Zorki kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin dan dihukum denda RM500 atau sebulan penjara pada 6 Julai lalu.

Sumber : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register