BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujikaji dan Pembangunan Teknik Swap Hedge

tenteraangin

Active Member
Messages
2,029
Joined
Aug 23, 2009
Messages
2,029
Reaction score
178
Points
38
Bismillahirrahmanirrahim

Pertama sekali, maafkan aku sebab bahasakan "aku". Sebab aku lebih suka jadi diri sendiri. Aku cuma orang kampung. Terpanggil untuk aku kongsikan setting Teknik Swap Hedge yang aku sendiri R&D. Walaupun secara teorinya nampak cantik, tapi masih belum proven secara forward test dan aku memerlukan Trader CGrian bersama-sama aku cuba test setting ni.

Ini adalah 12 bulan terakhir selepas 6 tahun tak konsisten. Dan ini adalah projek teknik terakhir aku dalam aku mencari setting skil yang KONSISTEN dan PROFESSIONAL. Aku tulis kat CG supaya bila aku gagal dan aku tinggalkan FX, ada CGrian lain yang dikurniakan rezeki boleh olah dan mampu merealisasikan objektif teknik ini iaitu KONSISTEN dan PROFESSIONAL.

If teknik ni, Inshaa ALLAH mampu melahirkan trader yang konsisten, pakat-pakat share thread ni kat FB ke twitter ye? If fail, mungkin ada yang power dan master boleh olah kasi cantik walaupun aku dah tak trade. Mari memeriahkan semula CG ok?

Memandangkan ia di dalam seksyen Forex Development Technique, feel free to critique and comment for better

PROFILE TEKNIK
=============

Nama : Teknik Swap Hedge
Jenis Analisa : Full Technical
Deskripsi :
Sebuah teknik yang mencari level Supply and Demand sebagai point of entry serta penggunaan Hedging Lock and Release bagi mempercepatkan proses recovery sekiranya analisa tidak menjadi.

KANDUNGAN
===========

1. Ringkasan Teknik Swap Hedge
2. Basic Supply and Demand
3. Pattern-Pattern Candlestick penandaan area Supply and Demand
4. Basic Hedging
5. Penerangan Hedge Lock and Release
6. Pemilihan pair untuk trade berasaskan prinsip "Non-Domino"
7. TF untuk Trade, beserta Waktu untuk Trade (disebutkan sekali kenapa etc etc)
8. Setting Money Management untuk Hedge
9. Mekanisme SOP Teknik Swap Hedge
10. Trailing Stop berdasarkan SnD

Inshaa ALLAH, jika ada komen dan persoalan, teruskan je mencelah ok? Dengan Nama ALLAH, aku memohon agar pada bulan Ramadhan kali ini, agar dikurniakan sebuah setting skil yang KONSISTEN DAN PROFITABLE sebagai asbab mencari rezeki yang Halal. Amiin

*Detail akaun cent untuk pengaplikasian Teknik Swap Hedge ni aku akan update kat sini nanti.
 
BAH 1 : APA ITU SWAP HEDGE

Ianya adalah sebuah teknik SnD yang mana aku lebih tertumpu kepada price untuk break kawasan SnD tersebut, berbanding daripada traditional school of taught yang ajar untuk mencari reversal di kawasan kawasan tersebut.

Setelah berguru dengan beberapa cikgu pasal SnD dan melakukan forward test selama setahun, ternyata hasilnya tak memberangsangkan dan akaun tak grow. Walaupun kena SL tapi kalo kena berkali kali memang sakit hati.

Jadi aku reverse kan pemikirian aku, why not aku tak try entry dikala price breakout area SnD? Dan apabila aku try backtest, result macam promising. Still ada yang tak valid tapi masih acceptable dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk price grow. Dan keadaan tersebut dipanggil sebagai SWAP. Namun tak ramai SnD practice terus entri once price break. Mereka lebih suka tunggu price retrace but end up asyik terlepas keretapi.

Dan di kawasan SnD yang tidak valid, ataupun illusional optic yang membuatkan kita ibarat nampak kawasan SnD, aku cuba impart elemen Hedging yang mana aku belajar melalui pengalaman aku apply Hedging Martingale. Aku tune Hedging Martingale sampai keluar teknik Hedging Lock and Release.

Teknik SWAP HEDGE ni tertumpu pada follow on trend, oleh itu, masalahnya akan wujud invalid signal semasa price sedang sideway. Disebabkan itu, kita counter dengan SWAP HEDGE. Secara tak langsung process recovery akaun menjadi lebih cepat berbanding traditional praktis yang menekankan RR sahaja.
 
Last edited:
BAH 2 : BASIC SUPPLY AND DEMAND

Disini aku tak nak terangkan panjang lebar, kenapa price bergerak, kenapa price melantun, semua tu boleh cari dekat thread ET. Nanti korang pening bila dengar pasal order book la, High Liquidity, Low Liquidity, Spread Widen over Bid Ask dsb. Aku cuba untuk suppress semua info-info bombastik yang boleh buat aku clutter to make it simple and clear dan mudah difahami even orang baru belajar. Jadi, basic concept is :

1. Supply : Penawaran
2. Demand : Permintaan

Rule of Thumb

1. Apabila Supply over Demand, price akan menurun.
2. Apabila Demand over Supply price akan menaik.

Keadaan ini diterjemahkan ke dalam pergerakan price di dalam graf MT4/5. Jadi, korang cuma perlu spot sahaja pattern-pattern tersebut dan tandakan kawasan tersebut.
 
BAH 3 : PATTERN-PATTERN CANDLESTICK PENANDAAN AREA SND

Penerangan dia simple, as per lukisan yang aku attach tu.

pattern SnD.png


So, untuk area Demand, korang boleh Vice Versa kan sahaja. Cara tanda adalah berdasarkan garisan hitam setiap pattern
 
Last edited:
BAH 4 : BASIC HEDGING

Hedging adalah sebuah teknik untuk LOCK kerugian semasa. Ingat kata kunci Hedging. LOCK. Berbeza dengan SL, kalau kena maknanya memang terus tolak amaun modal. Hedging dia akan LOCK amaun kerugian tu dahulu.

Cara nak lock mudah sahaja. Kalau kita tengah Buy, Letak Sell Stop dekat area yang patutnya kita letak SL.

Bila lock kerugian, terdapat dua keadaan yang memberikan ADVANTAGES dan DISADVANTAGES kepada trader.

Situasi : EU Lock 50 pips, amaun kerugian adalah USD 50 dalam keadaan floating

1. ADVANTAGES, amaun kerugian akan berubah menjadi USD 48 disebabkan current exchange rate.
2. DISADVANTAGES, amaun kerugian akan berubah menjadi USD 52

Jadi bahasa kampung dia, hedging ni buy and sell dalam pair yang sama.

Hedging ni macam macam.

1. Basic Hedging macam kat atas
2. Cross Hedging. : Contoh Buy EU, Sell EJ
3. Hedge Lock Release Averaging (Ni aku tengah RnD)
4. Hedge Martingigil
 
BAH 5 : HEDGE LOCK RELEASE AVERAGING

Aku gunakan Stop Order menggantikan SL untuk hedge entry jika analisa tak menjadi. So andainya price lawan analisa, Stop Order akan trigger dan position akan mula start lock kerugian aku.

Then, phase LOCK sudah berlaku. Jadi, bilakah masanya untuk aku RELEASE HEDGE ni?. Ianya bergantung kepada Signal seterusnya. Sebagai contoh, analisa EU tunjukkan SELL, tapi malangnya invalid dan start HEDGE, jadi aku menunggu untuk opportunity SELL yang seterusnya. Kita andaikan, Signal kedua Sell Muncul apabila price dah naik lepas 50 pips.

So, semasa signal kedua terjadi, aku akan tutup BUY ENTRY tadi dan biarkan entry SELL floating. So, aku akan dapat profit 50 pips, dan menaikkan capacity amaun modal aku, berbanding kalau biarkan float sambil berharap. SELL tadi akan floating 100 pips.

Jadi, aku hanya perlu tunggu price retrace sebanyak 50 pips untuk breakeven dengan cara aku close SELL pada kerugian 50 pips.
Keuntungan 50 pips tolak kerugian 50 pips = breakeven.

Untuk memanfaatkan peluang SELL pada signal kedua, aku akan tambahkan lagi satu entry, menjadikan terdapat dua entry SELL. Sekiranya price retrace 50 pips, set HEDGE dan RELEASE tadi berjaya breakeven manakala 50 pips profit daripada entry SELL kedua.

Namun, layer STOP ORDER juga akan bertambah menjadi dua, berdasarkan jumlah Sell Order yang active. Stop order tersebut diletakkan dikawasan yang sepatutnya kita letak SL. Penerangan adalah seperti di gambarajah

Hedging.png
 
BAH 6 : PEMILIHAN PAIR UNTUK TRADE BERASASKAN PRINSIP NON-DOMINO

Secara asasnya ada banyak stail orang pilih pair untuk trade.

1. Trade major pair
2. Trade exotic pair sebab pergerakan laju
3. Trade cross pair
4. Basket

Dan antara faktor yang membuatkan orang memilih sesuatu pair untuk trade adalah

1. Spread
2. Volatility
3. Ranging / Trending tendency

Namun, kebanyakan trader pilih pair tanpa mengetahui efek domino yang berlaku antara pair. Sebagai contoh, seorang trader trade pada GBPUSD dan EURUSD. Masalah terjadi kerana kedua-dua pair tersebut bersandarkan pada USD. Ia akan menjadi konflik pada trader sekiranya trader nampak GU Buy dan EU Sell. Apabila news USD release dan menunjukkan USD strong, maka EU mempunyai probability yang tinggi untuk hit SL.

Oleh itu, bagi memilih pair dalam masa yang sama dapat mengelakkan masalah domino efek ini, kita kena pastikan setiap pair yang kita pilih langsung tidak berkait. Contoh seperti dibawah

Lapan Matawang Utama

1. GBP
2. EUR
3. USD
4. JPY
5. AUD
6. NZD
7. CAD
8. CHF

Contoh set yang boleh dibuat

1. EUR/JPY
2. GBP/USD
3. AUD/CHF

So dengan ketiadaan sangkut paut antara pair, ia akan memberikan gambaran yang unik setiap pair. Jika kita trade GBPJPY dan EURJPY serentak, korang akan nampak overall pergerakan trend seakan sama tapi akan membuatkan trader confuse bila signal entry anda pair tersebut contradict each other.
 
BAH 7 : TF UNTUK TRADE BESERTA WAKTU TRADE

Didalam teknik SWAP HEDGE, aku prefer untuk guna TF H4. Sebab TF H4 is good enough untuk filter market flat dan ranging pada TF kecil. Melalui backtest aku dapat anggarkan berdasarkan 3 pair yang aku trade boleh achieve lebih kurang 9 entri seminggu. Bagi aku dah cukup banyak sebagai seorang swinger.

Waktu trade tidak terbatas kepada aktif session sahaja. Jika terdapat signal yang dah valid, boleh terus instant entry dan aku assume market tak dapat nak break balik SnD pada masa terdekat.
 
BAH 8 : SETTING MONEY MANAGEMENT UNTUK HEDGE

Untuk hedge aku lagi suka untuk gunakan pips endurance sebanyak 3000 pips. Kaedah kira adalah seperti berikut

(Modal bahagi 3000 pips) = Nilai Lot

Contoh :

USD 3000 / 3000 pips = USD 1 per per pip

So dalam MT4/5 nanti boleh set lot 0.10 untuk dapatkan USD 1 per pip value

3000 pips ni is good enough untuk kita layer waktu nak release hedge nanti.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14785
USD / JPY
155.854
GBP / USD
1.33488
USD / CHF
0.82448
USD / CAD
1.39924
EUR / JPY
178.896
AUD / USD
0.71128
Back
Top
Log in Register