BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujian Penerbangan Sulung ANKA-THS Perkukuh Keupayaan Pemantauan Strategik TUDM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3bdb4064d3c349b16e5d0d1ce5a903ce69d0ed3ed3f53

--kredit FB Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatat satu lagi pencapaian penting dalam usaha memodenkan aset apabila berjaya melaksanakan ujian penerbangan sulung pesawat tanpa pemandu ANKA-THS di Pangkalan Udara Labuan petang semalam.

Dalam kenyataan hari ini, TUDM memaklumkan bahawa ujian penerbangan selama tiga jam itu dilaksanakan dengan jayanya sebagai sebahagian persediaan sebelum penyerahan rasmi aset baharu berkenaan kepada TUDM.

Kejayaan penerbangan itu adalah hasil kerjasama dan koordinasi bersepadu antara Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), MTU-Perancangan & Pembangunan, Pangkalan Udara Labuan serta agensi lain seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“Sistem pesawat ANKA-THS yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) dijangka memperkukuh keupayaan Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaissance (ISTAR) TUDM, khususnya dalam melaksanakan pemantauan strategik di Wilayah Timur serta kawasan berkepentingan negara seperti Laut China Selatan.

"Pesawat ANKA-THS ini mampu memantau secara tepat dalam pelbagai keadaan cuaca, siang dan malam, dengan keupayaan durasi penerbangan melebihi 20 jam," menurut kenyataan itu.

TUDM memaklumkan bahawa pesawat itu adalah sebahagian daripada Fasa 1 Pelan Perolehan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), selaras dengan pelan pembangunan keupayaan TUDM menerusi CAP55.

“Perolehan aset baharu itu dijangka meningkatkan keupayaan TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan operasi pemantauan strategik, pengawasan maritim serta pengumpulan maklumat risikan, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan dan kedaulatan negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register