BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UiTM majukan pendidikan Melayu, bumiputera

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
UiTM majukan pendidikan Melayu, bumiputera

Datuk Seri Fadillah Yusof membacakan teks Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Malam Gala UiTM sempena Sambutan Jubli Perak: 25 Tahun UiTM sebagai sebuah universiti di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)
SHAH ALAM, 28 Ogos- Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu terus memainkan peranan dalam membawa kemajuan pendidikan kepada orang Melayu dan bumiputera bagi memastikan golongan berdikari.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Malam Gala UiTM sempena Sambutan Jubli Perak: 25 Tahun UiTM sebagai sebuah universiti di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di sini.

"Dalam keghairahan arus pendidikan dunia mengejar kemajuan dan kemodenan, UiTM berjaya untuk mengekalkan malah memartabatkan citra Bumiputera, dan pemikiran yang lebih mengakar kepada konteks tempatan.

"...dan tidak semena-mena menjadi pengagum aliran pendidikan barat semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengagumi pencapaian UiTM menerusi kedudukan universiti itu di persada antarabangsa apabila menduduki tangga ke-587 dalam QS World University Rankings 2025, ke-98 dalam QS Asia University Rankings 2024 dan ke-599 dalam QS World University Rankings: Sustainability 2024, ke-151 di Asia dan ke-13 di Malaysia.

Beliau juga yakin UiTM akan terus menempa nama di persada dunia dengan pelbagai kejayaan, inisiatif dan ikhtiar yang lebih inovatif, sesuai dengan peredaran masa.

Terdahulu, dalam program sama, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM berkenan merasmikan Sambutan Jubli Perak UiTM dan Monumen Hasrat sempena penubuhan UiTM sebagai sebuah universiti.
 
Kalau ikut pecahan data 50% dari pelajar UiTM adalah kategori B40. Dari 50% hampir 39% adalah dari Kategori B1 iaitu pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00.
Jadi betullah peranan UiTM memberi peluang pendidikan untuk mengubah lanskap ekonomi orang Melayu. Mengeluarkan orang melayu dari ruang kemiskinan. M40 dan T20 pun ada dkt UiTM bukan takde langsung. Bukan semua orang mampu membayar yuran hampir RM2,000.00-RM3,000.00 lebih di UA.
 
teringat zaman blajar dulu.. yuran 600 lebih jaa all in...
yuran ni ikut kategori pendapatan keluarga... ada yg 300 1 semester
laa nih berapa ehh yuran uitm...
 
teringat zaman blajar dulu.. yuran 600 lebih jaa all in...
yuran ni ikut kategori pendapatan keluarga... ada yg 300 1 semester
laa nih berapa ehh yuran uitm...
Kalau pelajar Part 01 sebab ada Orientasi sekarang dipanggil Minggu Destini Siswa - RM790.00 semester satu tak termasuk dengan yuran kolej. Dulu dok kolej free, sekarang dah kena bayar...tapi masih kadar yg rendah.
Kalau part 02 dan ke atas tu yuran akademik baru RM560.00.
Kalau nak banding yuran IPTA lain, memang jauh murah UiTM. Itu pun ada juga yang tak bayar yuran. Bila gugur taraf, mengamuk orang tuanya telefon marah-marah. Bila bagitau dahlah yuran tak bayar, anak pulak rajin ponteng kelas..baru terdiam malu.
Saya belajar zaman ITM, pernah dapat yuran RM180.00 pun ada, RM90.00 pun ada.
 
betul tu.... wpon dh byr itu ini bagai sekarang, tetap UiTM antara ipta paling murah lagi, sy pn zaman itm & uitm hehehe
 
mahal gak skrg. politeknik lg murah kot. dulu mmg itm paling murah. rm140 diploma siap semua. siap mkn asrama n yuran pengajian.
 
Salah uitm martabatkan bahasa english 😂
Taklah..bukan martabat, tetapi berpijak di dunia nyata kerana graduan bukan mintak kerja dengan kerajaan je..Interview Petronas, Telekom, Bernas pun dalam English. Ada pelajar IPT yg rasa rendah diri mohon untuk mencatat minit je kat board sebab tak mampu berdebat bahasa inggeris dengan pelajar IPT lain..biasa yg fight dengan UiTM Grad ni pelajar UIA.
'May I speak in Malay', cakap macam tu je..automatik nama tak terpilih.
Dan hasilnya graduan UiTM bukan sahaja bekerja di Malaysia tetapi di serata dunia. Ada yang jadi Ekspat di negara luar dengan gaji RM40-RM50 ribu semuanya hasil belajar English di UiTM.
Orang politik bolehlah mainkan isu patriotisma..anak diorang pun hantar International School. Orang kampung nak duduk dalam pola pemikiran yang lama atau nak maju Pak Malau?
 
mahal gak skrg. politeknik lg murah kot. dulu mmg itm paling murah. rm140 diploma siap semua. siap mkn asrama n yuran pengajian.
Yuran Taska pun mahal sekarang wehhh ha3. Kena terima kenyataan....dasar UiTM seiring dengan perubahan zaman. Makan dulu boleh lah ikan jeket, daging beku... Anak zaman sekarang tekak takoyaki, bakso, waffle....
 
Kalau pelajar Part 01 sebab ada Orientasi sekarang dipanggil Minggu Destini Siswa - RM790.00 semester satu tak termasuk dengan yuran kolej. Dulu dok kolej free, sekarang dah kena bayar...tapi masih kadar yg rendah.
Kalau part 02 dan ke atas tu yuran akademik baru RM560.00.
Kalau nak banding yuran IPTA lain, memang jauh murah UiTM. Itu pun ada juga yang tak bayar yuran. Bila gugur taraf, mengamuk orang tuanya telefon marah-marah. Bila bagitau dahlah yuran tak bayar, anak pulak rajin ponteng kelas..baru terdiam malu.
Saya belajar zaman ITM, pernah dapat yuran RM180.00 pun ada, RM90.00 pun ada.
Terpengaruh dgn dakyah songsang pendidikan free....tu tak nak bayar...tapi hampa........mana boleh tak bayar langsung....kena ada tanggungjawab la bayar
 
Back
Top
Log in Register