BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

#UITM Lendu #PrayForLendu trending di Twitter

tipu je mber ak cakap..so far blogger tu yg ade cerita..fake
 
a note saying this: “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.”

pandai pulak setan ni tulis note hehe
 
hihi...kes prempuan lemah semangat je ni..pantang jmpe makhluk, terus nk histeria..jumpe artis kpop pn histeria gk...
 
jin ni penakut la, berani datang malam-malam buat bentuk mayat mata tekeluar lidah terjelir memang la orang takut sebab nampak hudoh ya amat. cuba datang siang2 buat rupa nawawee buat ulik mayang tengah time square. confirm budak2 darjah dua pun datang kasi penerajang je. try la kalo ada jin2 yang baca komen aku ni, meh datang buat muka mr bean golek2 atas jalan siang2. kompem kena pijak
 
Ada apa2 info ke pasal kes ni? Hurm..
 
aku rasa ni kerja manusia. dan berkenaan ilmu hitam yg sesat.
 
alhamdulillah dulu masa aku kat uitm lendu ok je..setakat kacau sikit2 tu ada la..blok aku dulu tepi hutan..siap malam2 aku n the gang pernah menyelinap kat bilik lecturer sbb nak dptkan soalan test...tp tak berjaya..haha..

tapi kat tasik tu mmg lain macam...

kenangan 2001-2005
 
Brg hilang? Musti kerja pencuri manusia, bkn antu/jin.
 
UPDATE sumber myNwesHub.my

Kenyataan Pihak MPP UiTM Lendu
January 18, 2013 - Lendu


Selalunya selebriti serta isu-isu yang panas sahaja akan trending di Twitter.

Tetapi kali ini berbeza. Penulis agak terkejut apabila UiTM Lendu di Alor Gajah, Melaka boleh trending di Twitter. Apa cerita?

Tambah terkejut apabila #PrayForUiTMLendu pula trending di Twitter.

Setelah penulis meneliti ‘timeline’, jelas ada isu yang agak serius berlaku di UiTM Lendu.

(Baca: Kisah Rasuk UiTM Lendu Trending Di Twitter )

Ramai pelajar-pelajar di kampus tersebut meminta kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan mereka di kampus tersebut.

Ada yang mengatakan wujudnya makhluk halus yang menggangu kehidupan seharian mereka.

Malah, lebih menggemparkan apabila terdapat seorang pelajar yang yang berkongsi pengalaman melihat rakannya mengalami histeria menerusi blog miliknya.

Menurut blogger tersebut, kejadian sebegitu bukan sahaja berlaku di satu dua kolej kediaman malah boleh dikatakan melibatkan hampir keseluruhan kampus.

Menurut salah seorang pelajar kampus tersebut yang tidak ingin dikenali identitinya, perkara sebegitu pernah berlaku pada semester-semester sebelum ini tetapi tidak begitu serius seperti yang berlaku kali ini.

Bagi mendapatkan kepastian sebenar apa yang berlaku di kampus tersebut, wakil MyNewsHub telah menghubungi Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah, Muhammad Zulkarnain.

Menurut beliau, segala apa yang berlaku di dalam kampus pada masa kini adalah dalam keadaan terkawal.

“Mungkin isu ini digembar-gemburkan oleh orang luar.

“Pihak pengurusan universiti serta pihak MPP telah mengadakan sidang perjumpaan bersama pelajar,” jelas Muhammad.

Ujar beliau, pihak Polis Bantuan turut mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani isu itu.

“Ramai pelajar yang letih akibat pelbagai program-program lain yang perlu mereka hadiri setelah seharian menghadiri kuliah. Apabila badan letih, mula lemah semangat.

“Kes yaang terlibat hanya dua tiga kes sahaja, tetapi bila ramai yang bercerita mulalah wujud macam-macam cerita,” kata Muhammad yang menafikan kampus tersebut berada dalam keadaan tidak terkawal.

Menurut Naib Yang DiPertua MPP UiTM Melaka, Nur Nabila Zulaikha Zaidan, pihak MPP telah memberi arahan kepada seluruh pelajar terutama penghuni kolej-kolej kediaman untuk mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana yang perlu dilakukan di setiap tingkat di kolej kediaman masing-masing malam ini.

“Pada jam 9 malam tadi, setiap kolej kediaman melakukan majlis bacaan yasin secara serentak dan majlis bacaan yasin ini turut diadakan di Masjid Al-Hikmah UiTM Lendu,” jelas Nabila.

Menurut beliau, ramai antara mangsa histeria adalah golongan wanita.

Justeru, beliau berharap supaya setiap pelajar wanita untuk menjaga kebersihan diri terutama bagi mereka yang sedang haid.

Ujar beliau lagi, program Majlis Bacaan Yasin Perdana akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Selaku YDP MPP, Muhammad menasihatkan kepada semua ibubapa serta ahli keluarga para pelajar yang bimbang akan isu ini supaya tidak perlu risau akan keadaan anak-anak mereka.

Beliau mengharapkan supaya setiap ibubapa pelajar, ahli keluarga serta semua pihak secara umumnya untuk mendoakan yang terbaik buat mereka di kampus tersebut dan terus memberi semangat kepada semua. -end-


kesimpulan eh: Jago lah kebersihan kampus ando..
 
Back
Top
Log in Register