BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UiTM Henti Pengambilan Pelajar Antarabangsa Ijazah Sarjana Muda, Tumpu Bumiputera B40

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

UiTM Henti Pengambilan Pelajar Antarabangsa Ijazah Sarjana Muda, Tumpu Bumiputera B40​

b1d0cbc177173494a36ac72c1e4c0e2369d743de1b7f9

Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin

Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak lagi membuat pengambilan pelajar antarabangsa pada peringkat Ijazah Sarjana Muda sejak dua tahun lepas, bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada golongan Bumiputera.

Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata langkah berkenaan diambil, bagi memastikan akses pendidikan tinggi universiti diberi keutamaan kepada anak-anak B40, masyarakat Orang Asli serta penduduk di Sabah dan Sarawak.

“Langkah ini selari dengan prinsip UiTM yang mengekalkan kadar yuran terendah, bagi memastikan akses pendidikan tinggi dapat dilaksanakan secara berterusan terutamanya untuk golongan B40, yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan.

“Meskipun tanpa penyertaan pelajar antarabangsa pada peringkat Sarjana Muda, UiTM kekal komited untuk melonjakkan kedudukannya daripada tangga ke-549 kepada kelompok 300 terbaik dunia, dalam penarafan QS World University Rankings,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas membentangkan Pelan Strategik UiTM2030, yang dilancarkan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tan Sri Mohd Kamil Jamil di Anjung Seri Budiman, UiTM, di sini hari ini.

Pelan Strategik UiTM2030, merupakan kerangka tindakan lima tahun universiti berkenaan yang dirangka bagi memacu kecemerlangan akademik, kemampanan kewangan, serta transformasi digital berimpak tinggi dalam melahirkan graduan Bumiputera yang berdaya saing pada peringkat global.

Shahrin berkata sasaran 25 peratus penjanaan pendapatan kendiri universiti dalam UiTM2030, akan digerakkan menerusi sektor lain termasuk penawaran program pascasiswazah, persediaan profesional serta program pelajar dewasa, menerusi Institute of Continuing Education and Profesional Studies (iCEPS) yang kini menjangkau 13,000 orang.

“Kita juga memanfaatkan kaedah Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu, bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan (APEL.Q) dan pembelajaran berasaskan kerja dengan lebih 200 anggota tentera kini melanjutkan pengajian diploma dari tempat kerja, tanpa perlu berada di dalam kampus,” katanya.

Shahrin berkata inisiatif itu merupakan strategi UiTM memperluas sumber kewangan baharu secara mampan dan mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan, selain memperkukuh keupayaan universiti menjana pendapatan yang kini mencecah sekitar RM400 juta setahun melalui sewaan, perundingan dan kursus khas.

 
Back
Top
Log in Register