BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Udang Ketak... Apa pendapat anda?

T2T

Super Active Member
Messages
6,927
Joined
Apr 16, 2008
Messages
6,927
Reaction score
113
Points
73
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti tajuk di atas. Apa pendapat anda tentang udang jenis ini?
Tentang rasanya?
Permintaan pasaran?
Harga pasaran semasa di lembah kelang?

Bagi yang tidak pernah melihat bentuk udang ketak ini, saya sertakan gambar di bawah.

20150729_102252_zpse0b7073a.jpg


Stok ni saya dpt dari seorang sahabat. Dia bercadang ingin membawanya ke lembah kelang dalam keadaan hidup atau mati tapi tetap segar.

Minta pendapat peminat udang atau orang lama dalam bidang ini, supaya dapat bagi input atau kongsi pengalaman...:)cgrock Terima kasih..:D

Update 1 Ogos 2015

20150801_133333_zpsdc77da16.jpg


Ini rupa dia lepas direbus dan di tabur sos (3rasa).. rasanya manis kombinasi udang dan ketam...:)cgrock isinya kenyal mcm udang.. memang terbaik..

Cara masak.. rebus sampai kemerah-merahan.. lepas tu siap.. guna pisau dan belah tengah dari ekor sampai ke atas..kopek dan tarik isi..mmg tak melekat dengan kulit..segar..
 
Last edited:
udang ketak ni biasanya rm20 ke atas sekilogram di bela utara. Isi tak banyak. Dianggap sebagai ubat semput. Duk tengok laku juga di utara. Bole try tuuu.
 
dgn udang lipan lain kan. xsilap ni yg rumah die mcm busut tinggi tu
 
Y dlm busut tu udang lipan.. Udang ketak spesis udang kara jgk.. Isi dia sedap.. Org ganu x pndang sgt
 
Udang ni feveret aku ni..payah nk jupe..
Kalo kat sabah nun byk r kot..
 
isi dia boleh thn byk.. tp aku rasa ketam lg sedap kot..
 
biasa gak aku ambik tuk bakar kosong...isi kurang harga mahal gak la.
 
cina suka menatang ni
aku pernah beli 1 kilo. masa tu baru turun dari bot ikan.
harga boleh tahan la... main puluh jugak..
ambik isinya buat sambal.. tengok musim jugak nk dpt benda ni..
sbb benda ni kat tempat aku, memang xad ajual kat pasar, dia org export ke restoran atau ke singapore.
 
Back
Top
Log in Register