BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubat tutup aib maksiat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
IPOH: Pihak berkuasa kini melakukan pemantauan serius terhadap kemasukan sejenis ubat gastrik diseludup dari Indonesia yang disalah gunakan untuk menggugurkan kandungan.

Ubat yang dikenali sebagai pil tuntas itu dikatakan digunakan secara berleluasa oleh wanita warga Indonesia yang bekerja di negara ini untuk menggugurkan kandungan apabila mereka hamil luar nikah.


Sumber Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pil tuntas itu menjadi pilihan mereka kerana harganya murah iaitu kurang RM10 satu biji. “Bagaimanapun, pil itu yang diambil secara berlebihan untuk menggugurkan kandungan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya pendarahan teruk, muntah, pening hingga membawa maut,” katanya. Menurutnya, Bahagian Penguat kuasa Farmasi KKM mengesan penularan pil berkenaan selepas mendapat maklumat berhubung penggunaannya di kalangan wanita negara jiran selepas mengandung akibat terbabit dengan kegiatan maksiat atau pelacuran.

“Penyebaran pil gastrik ini yang turut popular dengan panggilan pil ‘tuntas’ di kalangan warga asing menyamai penularan pil perancang keluarga yang sebelum ini turut diseludup masuk besar-besaran dari negara jiran,” katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, penularan pil gastrik itu diberi perhatian serius bukan saja oleh Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM, malah turut diambil perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru-baru ini turut mendapatkan pandangan isu berkenaan daripada KKM.


Sumber itu berkata, kajian phaknya mendapati pil tuntas itu mengandungi bahan kimia dikenali sebagai misoprostol yang mampu menyebabkan rahim mengecut, sekali gus mengakibatkan ketulan janin gugur secara tanpa kawalan.

“Bagaimanapun pengedaran pil tuntas tidak meluas dan masih terkawal di negara ini,” katanya.


Menurutnya, bukan semua jenis pil gastrik boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna, sebaliknya hanya pil mengandungi misoprostol dan jika ia diambil secara berlebihan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ubattutupaibmaksiat/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register