BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubat kebas masih mudah diperoleh

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Meskipun hari ini mendedahkan mengenai bahaya kegiatan menghidu ubat kebas 'ethylchloride' untuk tujuan khayal, namun bahan kimia itu masih mudah diperoleh di kebanyakan farmasi di ibu negara.

Ubat kebas itu yang biasa digunakan oleh para atlet kini dikesan digunakan oleh segelintir remaja termasuk pelajar sekolah di Lembah Klang untuk khayal dan berseronok.

Tinjauan yang dilakukan di beberapa farmasi di ibu negara hari ini mendapati, ubat kebas semburan itu masih dijual di farmasi kerana ia bukanlah barang larangan.

Menurut seorang jurujual di sebuah farmasi yang enggan dikenali, ubat berkenaan biasanya digunakan untuk kegunaan peribadi dan dibeli dalam kuantiti yang kecil.

"Ubat kebas itu jarang dibeli dan jika ada sekalipun ubat tersebut dibeli tidak lebih dari satu atau dua botol," katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai penyalahgunaan penggunaan bahan kimia itu yang kini menjadi pilihan segelintir remaja berbanding kegiatan hidu gam sebelum ini.

Kegiatan ini membimbangkan kerana pengambilan bahan kimia yang biasa digunakan sebagai ubat bius itu boleh menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja yang menghidunya.

Difahamkan, terdapat pelajar sekolah termasuk perempuan di sekitar Lembah Klang kini beralih menggunakan bahan kimia ini.

Menurut jurujual itu lagi, kebiasaannya mereka yang membeli ubat berkenaan adalah ahli sukan, guru sekolah dan juga golongan berusia yang menggunakannya untuk melegakan sakit sendi.

Ubat berkenaan boleh dibeli dengan harga antara RM18 hingga RM25 tanpa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor.

Tinjauan juga mendapati semua ubat kebas yang boleh didapati di farmasi telah diletakkan label untuk kegunaan luaran sahaja.
 
Bagi je poppers kat mereka mereka tu.....:D
 
semua benda nak dibuatnya khayal..gam la, minyak petrol la,taik lembu pun ada dgr cerita,mcm2 lagi lah...apa nak nak jadi dgn bangsa aku ni.,ada kerajaan pun xleh nak harap,nak bagi jahanamkan lg ada.
 
org guna sembur kat kaki..pengkhayal sembur kat hidung...
 
dah jadi omputih..penyalahgunaan dadah utk keseronokan..
siap ada makmal sendiri..:(
 
jahanam budak2 la ni.. macam2 depa test. ni la bila mai sifat ingin tahu. Adess...
 
Back
Top
Log in Register