BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk ‘berjemaah’ kebas makanan haiwan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penduduk ‘berjemaah’ kebas makanan haiwan​

geli-makanan-haiwan.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mengutip makanan haiwan yang bertaburan di tanah. - TikTok

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Cirebon, wilayah Jawa Barat menerima kecaman orang ramai apabila mengutip makanan haiwan yang terjatuh di atas jalan selepas sebuah sebuah lori bertembung dengan bas penumpang, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Jalan Tol Cipali di Desa Ciwaringin, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @beritasatuofficial menunjukkan orang ramai mengutip makanan haiwan yang bertaburan di atas tanah.

Ada antara mereka meletakkan makanan itu di dalam karung serta baldi yang dibawa dari rumah.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Indonesia memang tiada masa depan,” kata seorang netizen.

“Itu bukan hak kamu semua!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register