kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Tukang jahit Helmaliza Md Isa, 44, menyusun baju kurung yang siap di kedainya ketika ditemuramah di Klebang semalam.
Jika dahulu tempahan baju raya baharu menjadi tumpuan tukang jahit menjelang Aidilfitri, kini landskap itu berubah apabila perkhidmatan ubah suai pakaian atau alteration semakin mendapat permintaan tinggi.
Bagi tukang jahit Helmaliza Md Isa, 44, perubahan trend itu membuka ruang baharu apabila semakin ramai pelanggan menghantar pakaian yang dibeli secara dalam talian untuk dibaiki atau disesuaikan mengikut ukuran badan.
"Sekarang inikan trend banyak orang beli dalam talian, jadi untuk ubah suai makin tinggi. Yang hantar ubah suai semakin meningkat, banyak, cepat penuh. Yang tempahan ini macam lambat.
“Kita ini sebagai usahawan kena ikut trend, contohnya, dulu saya lebih kepada ambil tempahan sebab ramai orang tempah, tetapi sekarang tempahan kurang sikit, namun yang hantar untuk ubah suai meningkat. Jadi kami kena ambil dua-dua, kena ikut trend kan," katanya.
Menurut Helmaliza, dia sendiri menerima kira-kira 20 helai pakaian sehari untuk diubah suai terutama melibatkan labuh tangan, bahu dan saiz pinggang, selain turut menerima sekitar 130 pasang tempahan baju raya seperti baju kurung, kebaya dan baju Melayu, bagi pelanggan yang masih memilih untuk menghantar kain ke kedai jahit berbanding membeli pakaian siap yang menggunakan saiz standard.
Anak jati Malim Nawar itu berkata dia mula menerima tempahan baju raya seawal Ogos tahun lepas dan terpaksa menutup tempahan pada awal Januari bagi memastikan semua pakaian dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan dengan bantuan tiga pekerjanya.
Helmaliza berkata sebagai usahawan, tukang jahit perlu bijak menyesuaikan diri dengan perubahan trend.
“Kita kena ikut arus semasa. Dulu lebih kepada tempahan baharu, sekarang ubah suai pula meningkat. Jadi kita ambil kedua-duanya supaya perniagaan terus bertahan,” katanya.
Ubah Suai Pakaian Trend Terkini Tukang Jahit Menjelang Aidilfitri
baju raya, tempahan, ubah suai, Aidilfitri, sambu