BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trend Ubah Suai Motosikal Ekstrem Meningkat, JPJ Ambil Pendekatan Dakwa Penunggang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Trend Ubah Suai Motosikal Ekstrem Meningkat, JPJ Ambil Pendekatan Dakwa Penunggang​

d08af8a66c59fedd6605f903693486326a29437500e67

Pengarah Kanan Penguat Kuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan (tengah) melihat motosikal yang telah disita ketika sidang media Ops Motosikal (EXTREME) di Dewan Meranti JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mendakwa kes pengubahsuaian motosikal secara ekstrem di mahkamah mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 susulan peningkatan trend berkenaan.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata setakat ini tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah peruntukan itu dan mendapat izin dakwa daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata langkah itu adalah satu pendekatan baharu JPJ yang sebelum ini lebih tertumpu kepada tindakan penguatkuasaan seperti saman dan sitaan.

“Kami telah mengesan penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya dan melulu... yang paling mendukacitakan dan paling membahayakan ialah penunggang motosikal ini terus menanggalkan ataupun membuang brek belakang. Jadi bayangkan motosikal tersebut bergerak dalam keadaan tiada brek.

“Mana-mana motosikal yang membuat pengubahsuaian secara ekstrem, kami akan sita dan kami akan dakwa penunggang motosikal terbabit,” katanya pada sidang media Ops Motosikal (Ekstrem) di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Muhammad Kifli berkata lebih 300 motosikal yang diubah suai secara ekstrem telah disita sejak awal tahun ini, dengan Kuala Lumpur merekodkan jumlah sitaan tertinggi.

Beliau berkata antara pengubahsuaian yang sering dikesan termasuk penggunaan tayar sotong, pertukaran enjin tanpa kebenaran, pemasangan swing arm (komponen struktur) panjang, pengubahsuaian atau pemadaman sistem unit kawalan elektronik (ECU) serta penanggalan brek belakang.

“JPJ memandang serius trend pengubahsuaian motosikal secara ekstrem yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan kerana boleh menjejaskan ciri keselamatan asal kenderaan serta meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

“Golongan yang terlibat kebanyakannya terdiri daripada belia berumur antara 18 hingga 30 tahun, namun terdapat juga kes membabitkan pelajar sekolah seawal usia 12 tahun,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register