BTC USD 85,877.3 Gold USD 4,348.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Uang dari langit!!!

promosi sambil menderma la.

bajet tu sama dgn jumlah bajet iklan yg dia selalu belanja untuk promosi buku baru dia.

kira canggih gak idea dia..satu dunia tau...:D

berfikir di luar kotak..:">
 
susah2 org indon ada gak yg nk tabuq duit..
 
kira canggih gak idea dia..satu dunia tau...:D

berfikir di luar kotak..:">

iklan tak langsung biasanya lebih meluas dari iklan direct yg biasanya orang meluat dah la ni.
 
wahhh.. niat promosi.. tapi kat menderma.. hmmm... kat malaysia tak de ke orang nak tabur duit dari langit ni.. hehehe
 
wahhh.. niat promosi.. tapi kat menderma.. hmmm... kat malaysia tak de ke orang nak tabur duit dari langit ni.. hehehe

kalau ada aku nak gi beli jala nih..:eek: :eek: :eek:

stanby...berfikir didalam jala:-?
 
Jutawan tabur duit dari langit

Jutawan tabur duit dari langit

BEREBUT... Sebahagian daripada ribuan penduduk berebut-rebut wang kertas yang dijatuhkan dari sebuah pesawat berhampiran stadium bola sepak di Serang, kira-kira 60km dari barat Jakarta, semalam.

JAKARTA 1 Jun – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah pengsan sewaktu berebut wang kertas yang ‘jatuh dari langit’.

Insiden itu berlaku apabila ribuan penduduk berebut-rebut mendapatkan wang kertas yang ditabur dari sebuah pesawat ringan oleh seorang ahli perniagaan, Tung Desem Waringin.

Ribuan wang kertas 1,000 dan 5,000 rupiah yang berjumlah 100 juta rupiah (RM34,700) ditabur dari pesawat itu sebagai satu bentuk promosi buku terbaru Waringin hari ini.

Pesawat ringan tersebut terbang di ruang udara berhampiran sebuah stadium bola sepak di bandar Serang, 60 kilometer ke barat Jakarta.

Mengikut perancangan awal, Waringin mahu menabur wang-wang tersebut di ibu kota Jakarta tetapi gagal mendapat kebenaran pihak polis.

Akhbar dalam talian, Detikcom melaporkan, sewaktu penerbangan pertama dan kedua, wang- wang tersebut jatuh 500 meter dari stadium berkenaan.

Khabar mengenai tindakan Waringin itu tersebar sejak semalam dan keadaan itu menyebabkan ramai yang menunggu di kawasan tersebut untuk mendapatkannya.

Dalam laman blognya, Waringin berkata, beliau lebih memilih untuk mendermakan wang tersebut kepada mereka yang memerlukan berbanding teknik promosi biasa untuk memperkenalkan buku baru.

– AFP


:o :o .....
kenape gi tabur....kan dah ade yg cedera..huhu
 
Back
Top
Log in Register