BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri ‘awan hitam’ jatuh dari langit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141
Geli-awan32-1.jpg

'AWAN hitam' yang jatuh di Subang kelmarin. - Foto TikTok@infobandungselatan0

JAKARTA – Penduduk di daerah Subang, Jawa Barat gempar dengan kemunculan beberapa gumpalan menyerupai  ‘awan hitam’ yang jatuh ke kawasan pertanian dan sawah padi, lapor portal berita DetikJabar hari ini.

Kejadian luar biasa itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang tertanya-tanya sama ada fenomena tersebut ada kaitan dengan aktiviti semula jadi atau cuaca ekstrem.

Namun, Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Bandung mengesahkan bahawa fenomena berkenaan bukan disebabkan oleh proses semula jadi.

“Berdasarkan hasil kajian awal aspek meteorologi, fenomena tersebut tidak termasuk dalam kejadian alam yang disebabkan oleh proses cuaca, awan atau aktiviti atmosfera lain,” kata Ketua BMKG Bandung, Teguh Rahayu dalam kenyataannya hari ini.

Hasil pemerhatian menunjukkan gumpalan hitam itu kemungkinan besar berpunca daripada aktiviti di permukaan bumi, bukan daripada proses atmosfera.

“Namun, bagi memastikan sumber serta kandungan bahan tersebut, disarankan agar pemeriksaan lanjut dilakukan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar atau Agensi Pengurusan Bencana Daerah setempat,” tambahnya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register