BTC USD 83,048.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter Twitter Kini 'X"

X Akan Menghentikan Circles Bermula 31 Oktober

Seperti yang diumumkan oleh Elon Musk sebelum ini, ciri Circles pada X akan dihentikan bermula 31 Oktober ini. Selepas tarikh tersebut ciri tidak lagi boleh diakses serta pengguna dalam Circles tidak lagi boleh ditambah. Circles diperkenalkan Ogos tahun lalu dengan ia membolehkan ciapan dikongsi kepada sehingga 150 orang sahaja. Dengan ini perkongsian yang lebih peribadi dapat dilakukan tanpa perlu risau dimasuki oleh individu yang tidak dikenali. Langkah mematikan ciri ini diambil mungkin kerana tumpuan ingin diberikan kepada Communities pula. Ini bukan ciri pertama dimatikan oleh X. Sebelum ini ciri Fleets yang seakan Stories juga dihentikan keran tidak digunakan oleh banyak pengguna.
​
1695453593113.png
 
X Kini Bernilai Hanya $19 Bilion - Setahun Selepas Dibeli Elon Musk Pada Harga $44 Bilion

Sudah lebih setahun Elon Musk mengambil-alih Twitter pada harga $44 bilion. Sejurus selepas diambil-alih beliau melakukan pelbagai tindakan drastik seperti membuang majoriti tenaga kerja, membuang sistem pengesahan calit biru, memperkenalkan langganan dan mengubah nama syarikat menjadi X. Menurut laporan Fortune hari ini, nilai X kini telah menjunam ke $19 bilion.
​
1698854055409.png

Ini berdasarkan nilai saham syarikat yang diberikan sebagai ekuiti kepada kakitangan, pada nilai sekitar $45. Pengurangan nilai dilihat sekitar 55% berbanding pada waktu Twitter diambil-alih oleh Elon Musk setahun lalu. Elon Musk mempunyai perancangan menjadikan X sebuah aplikasi super untuk perbankan dan juga perhubungan. Minggu lalu ciri panggilan suara telah diaktifkan dan Musk telah mendedahkan kepada kakitangan beliau, menjangka X akan menggantikan bank dalam masa hanya setahun sahaja lagi.​
 
Back
Top
Log in Register