BTC USD 82,963.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter Twitter Kini 'X"

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,756
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,756
Reaction score
7,750
Points
916
Akaun Rasmi Twitter Kini Guna 'Handle' @X

Twitter secara rasmi kini menukarkan nama pengguna atau handle kepada @X, sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula platform itu. Dengan perubahan tersebut, handle @Twitter telah pun dikunci dan tidak lagi aktif. Sementara itu, pemilik asal @X, Gene X. Hwang kini mempunyai nama pengguna baharu iaitu @x12345678998765. Buat masa ini, masih belum jelas jika handle berkenaan dijual kepada platform itu atau sebaliknya.

Selain @twitter, beberapa handle lain, termasuk @TwitterSupport, @TwitterDev dan @TwitterAPI tidak lagi aktif, yang menunjukkan paparan "This account doesn’t exist". Ianya kini menggunakan handle @Support, @XDevelopers, dan @API.

Bagaimanapun, laman web serta aplikasi Android dan iOS, masih menggunakan nama Twitter dan logo burung biru, yang mana dijangka akan ditukar sedikit masa lagi bagi melengkapkan penjenamaan semula itu. Terdahulu, penjenamaan semula Twitter kepada X dilihat sukar berikutan beberapa syarikat termasuk Meta dan Microsoft turut memiliki tanda dagang untuk huruf tersebut. Syarikat itu mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang untuk mempertahankan jenama X pada masa akan datang.​

​


Sumber asal TechCrunch​
 
Last edited:
Twitter kini berwajah baru .. kemaskini sekarang :)

Screenshot-20230727-192634.jpg
Screenshot-20230727-192347.jpg
 
Twitter Kini X Di Google Play Store

Elon Musk secara berperingkat telah memulakan peralihan penjenamaan, daripada Twitter ke X. Beberapa hari lepas, logo Twitter sudah pun diganti dengan logo X untuk versi web. Sekarang, X secara rasmi gantikan jenama Twitter pada peranti Android pula. Anda boleh buka Google Play Store dan cari "Twitter", Play Store akan menyenaraikan X dan akan tidak akan temui "Twitter". Bagaimanapun, aplikasi Twitter Lite yang masih kekal (mungkin tak lama).

Kalau di pelayar, anda boleh lihat URL-nya terkandungan perkataan Twitter yang bermakna ia asalnya Twitter. Melalui percubaan, setelah X dipasang, ia masih guna nama "Twitter" dan logo burungnya seperti biasa. Ini bermakna versi stabil X masih belum sepenuhnya menjadi X. Di Apple App Store, aplikasi Twitter masih sama tanpa ada perubahan nama mahupun logo. Tidak pasti bila akan tiba di iOS namun kita boleh jangkakan dalam masa beberapa hari.

Terdahulu, diaporkan syarikat-syarikat besar lain turut mempunyai tanda dagang "X", justeru memberi bayangan bahawa agak sukar untuk Elon gunakan "X" sebagai nama rasmi platform itu.
​
1690457625557.png
 
Simbol ‘X’ Bercahaya Di Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco Buat Penduduk Bengang

Pihak berkuasa San Francisco menerima 24 aduan berkaitan cahaya lampu dari pemasangan struktur simbol gergasi ‘X’ di ibu pejabat Twitter milik Elon Musk. Sejak Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk mengambil alih platform media sosial Twitter, terdapat pelbagai perubahan yang dilakukan oleh beliau termasuklah had untuk melihat ciapan dalam sehari.

Ciri terbaharu yang ditetapkan oleh Musk membuatkan ramai pengguna Twitter di beberapa negara termasuklah Malaysia mula merungut selepas akaun mereka tidak lagi boleh mengakses ciapan di platform berkenaan. Bukan itu sahaja, Elon Musk juga telah menukar logo ‘burung biru’ yang sinonim dengan aplikasi Twitter kepada simbol ‘X’.
​
1691044942427.png
​
 

Bangunan Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco Pasang Simbol ‘X’ Bersaiz Besar Dan Bercahaya Di Atas Bangunan​

Susulan perubahan logo itu, ibu pejabat Twitter di San Francisco juga telah menanggalkan papan Twitter dan menggantikkannya dengan simbol ‘X’ bersaiz besar dan bercahaya putih di atas bangunan mereka. Walau bagaimanapun, pemasangan simbol ‘X’ bercahaya itu dikatakan mengundang kritikan daripada penduduk yang tinggal berhadapan dengan bangunan tersebut. Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh salah seorang penduduk berhampiran (@realchristjbeale), dia meluahkan rasa kurang senang apabila simbol ‘X’ dari bangunan ibu pejabat Twitter itu mengeluarkan cahaya yang terlalu terang.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi adalah apabila cahaya pada simbol berkenaan berkelip-kelip sehingga menyilaukan pandangan.
​
 

Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan Selepas Elon Musk Pasang Simbol ‘X’ Gergasi Di Bahagian Atas Ibu Pejabat Twitter​

Memetik laporan CNN, Jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco, Patrick Hannan memaklumkan bahawa pihak mereka telah melakukan siasatan terhadap pemasangan logo gergasi tersebut yang dikatakan telah menggangu penduduk berhampiran. Jelasnya lagi, pemasangan tersebut didakwa tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa serta tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.
​
Pada hujung minggu lalu, kami menerima 24 aduan berkaitan struktur keselamatan serta pencahayaan logo gergasi tersebut. - Jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco, Patrick Hannan​
Susulan itu, simbol ‘X’ gergasi itu difahamkan telah diturunkan semalam (31 Julai) selepas ia baru sahaja dipasang pada Jumaat lalu (28 Julai).
​
lampu-cahaya-simbol-X-di-pejabat-Twitter-buat-penduduk-bengang-2.jpg
​
 

Kenapa Elon Musk Mahu Tukar Twitter Kepada ‘X’?​

Selepas bertahun-tahun aplikasi media sosial Twitter dikenali dengan nama tersebut serta logo burung berwarna biru, kini Elon Musk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif telah mengambil keputusan untuk menukarkan platform itu kepada ‘X’. Mesti ramai yang terfikir, kenapa ‘X’?

Demi menjadikan Twitter sebuah platform yang lebih berkembang maju, Elon Musk mahu melihat ‘X’ lebih kepada aplikasi yang dipanggil sebagai ‘everything app’.

Sumber asal Christopher J.Beale | CNN |
CNBC​
 

Kenapa Elon Musk Mahu Tukar Twitter Kepada ‘X’?​

Selepas bertahun-tahun aplikasi media sosial Twitter dikenali dengan nama tersebut serta logo burung berwarna biru, kini Elon Musk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif telah mengambil keputusan untuk menukarkan platform itu kepada ‘X’. Mesti ramai yang terfikir, kenapa ‘X’?

Demi menjadikan Twitter sebuah platform yang lebih berkembang maju, Elon Musk mahu melihat ‘X’ lebih kepada aplikasi yang dipanggil sebagai ‘everything app’.

Sumber asal Christopher J.Beale | CNN |
CNBC​

Nak lawan FB la ni
Dari FB kini dah jadi Metaverse
Merangkumi, FB, IG, WA
 
Apple Beri Pengecualian Khas, Twitter Di Benar Guna X Di App Store

Majoriti mengetahui yang Twitter kini dijenamakan semula kepada hanya “X”. Rentetan daripada itu, usaha penjenamaan semula segala aset-aset sedang giat dijalankan pasukan pengendali platform media sosial itu. Salah satu yang menarik adalah aplikasi X di Apple App Store. Dilaporkan yang Apple sebelum ini tidak membenarkan aplikasi dinamakan dengan satu abjad sahaja.

230801-twitter-exception-x-03jpg-1024x576.jpg


Walau bagaimanapun, ia tidaklah termaktub dalam polisi Apple kerana berdasarkan Tatacara Penilaian App Store perenggan 2.3.7 ada menyatakan yang panjang nama aplikasi tidaklah boleh melebihi 30 aksara dan tidak pula dinyatakan had minimum.
​
230801-twitter-exception-x-04.jpg

Tibalah ke bahagian yang menarik. Akhirnya aplikasi Twitter di iOS berjaya dinamakan semula kepada X. Ia menunjukkan yang Apple memberi pengecualian untuk kes ini, mungkin disebabkan reputasi Elon Musk dan Twitter. Jadi, anda boleh lihat logo baharu di halaman perumah iPhone dan iPad anda.
​
230801-twitter-exception-x-05-472x1024.jpg

Proses pengambil alihan platform Twitter oleh Elon Musk tidaklah lancar. Hajat untuk mengambil alih pada nilaian RM191b (nilai RM waktu itu) telahpun diutarakan dalam bulan April 2022. Selepas itu, ada ketikanya yang dia ingin menarik balik tawaran itu kerana tidak beroleh maklumat secukupnya untuk membuat keputusan kerana pihak Twitter tidak mendedahkan maklumat yang dimintanya. Akhirnya, Twitter telah diambil alih Elon Musk dalam bulan Oktober 2022 lalu pada nilaian asal.

Sumber asal 9to5Mac​
 
X (Twitter) Lancar Program Jana Wang, Malaysia Ada & Ini 3 Syarat Yang Perlu Di Penuhi

Twitter (kini dikenali sebagai X) telah mengumumkan program perkongsian perolehan pengiklanan (Ads Revenue Sharing) untuk platform mereka. Ia bermakna, pengguna X, termasuklah anda yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu boleh menjana pendapatan menerusi platform tersebut, seperti anda lihat pengguna jana pendapatan melalui YouTube, TikTok, dan sebagainya.

Perkara yang menarik tentang pengumuman ini adalah, pasaran Malaysia adalah salah satu negara yang tersenarai dalam pasaran yang program ini ada, bersama-sama negara jiran seperti Brunei, Indonesia, Singapura, dan Thailand. Menyentuh tentang kriteria untuk mula menjana pendapatan, X menyenaraikan tiga perkara berikut untuk sesuaut akaun menyertai perogram tersebut:​
  • Akaun perlulah melanggan Twitter Blue ataupun diletakkan di bawah Verified Organization​
  • Mengumpulkan sekurang-kurangnya 15 juta impression melalui cicipan dalam tempoh 3 bulan terakhir.​
  • Memiliki sekurang-kunrangnya 500 pengikut​
Had minimum pengeluaran adalah ditetapkan kepada USD50 (~RM227) dan pembayaran dilakukan menggunakan platform Stripe. Makanya, pengguna perlulah mewujudkan akaun Stripe untuk X mengkreditkan perolehan anda. Berikut adalah beberapa pautan penting yang perlu anda tahu:​
Ini adalah satu program yang baik untuk pencipta kandungan yang banyak mengutuskan kandungan di platform ini. Sungguhpun yang tidak, anda boleh mulah mengubah suai kandungan di platform lain untuk dimuat naik ke X.

Walau bagaimanapun, pastinya ramai akan mengeluh kerana untuk mula menjana, Twitter Blue perlu dilanggan. Twitter Blue ditawarkan di Malaysia harga RM50/bulan. Kalau nak lagi murah, langganan tahunan melalui laman web berharga RM369 ataupun RM519 jika dilakukan melalaui platform dalam talian (Android,iOS).
​
230731-twitter-ad-revenue-program-01.jpg
Sumber asal X​
 
Back
Top
Log in Register