BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter X Mengemaskini Harga Langganan Pelan Premium - Kini Bermula RM9 Sebulan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
X sebelum ini sedia mencuri perhatian ramai melalui penawaran tanda calit biru secara berbayar dibawah pelan Premium. Tidak setakat itu, dari hari ke hari, mereka telah mula menambah sejumlah ciri-ciri secara berperingkat kepada semua. Pada awalnya, X menawarkan pelan langganan berbayar pada harga RM35 sebulan. Namun, kini, ia dilihat X mengemaskini harga langganan pelan premium ke lebih rendah berbanding sebelum ini.

X-Premium--950x466.jpg.webp


Pelan X Basic yang sebelum ini berharga RM13.13 sebulan, kini berharga RM9 sebulan. Sementara pelan Premium yang berharga RM35 sebulan, kini berharga RM23 sebulan. Pelan Premium+ yang menyertakan akses SuperGrok masih dikekalkan harga kepada RM177 sebulan – sejak ditingkatkan harganya beberapa bulan yang lepas. Pelanggan sedia ada boleh melihat perubahan harga ini melalui bil langganan terbaru mereka. Anda juga turut boleh menikmati langganan lebih rendah apabila memilih membayarnya untuk setahun.​
 
Back
Top
Log in Register