BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TV kabel digital pertama dilancar

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
erabaru-642x362.jpg

Pengendali siaran kabel TV digital pertama di Malaysia, Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) melancarkan televisyen dan internet di bawah jenama ABNxcess, hari ini.

ABNxcess menawarkan pakej menarik yang boleh didapati dengan harga RM 158.99 sebulan untuk TV dan capaian Internet.

Terdapat lebih 50 siaran TV seluruh dunia, 10 siaran berdefinisi tinggi (HD) tanpa caj tambahan, lapan 'free to air' siaran TV tempatan dan tujuh siaran radio.

Antara siaran TV antarabangsa yang terdapat dalam pakej ABNxcess adalah News Asia, Aljazeera dan Trace TV.

Menjanjikan siaran berterusan meskipun dalam cuaca hujan, ABNxcess menggunakan kabel gentian optik bukan satelit.

Sementara itu, ABN sudah mempunyai empat lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan servis video, data dan suara di Malaysia.

Malah, ABN sedang membina rangkaian sambungan terakhir dengan menggunakan Coaxial Serat Hibrid (HFC) Network atau lebih dikenali sebagai kabel rangkaian.

ABNxcess sudah membuka pendaftaran untuk Pay TV dan pemasangan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di kawasan Pelabuhan Klang dan Johor Bahru.

Dalam tempoh lima tahun, ABN merancang untuk meluaskan rangkaian ke seluruh negara.
 
RM158/month, kalau sampai tempat aku pon terpaksa kekal ngan ASTROK..
 
kenaa tunggu 5 tahun lagi la jawapnya.apapun ASTRO mmg terasa persainganya.
 
kalau tv + internet ok jgk la
pasal unifi murh pun rm149..
tv + internet hehe.. pakej siap la tu..
 
tak bole nego lag ke rege tu?
 
kenaa tunggu 5 tahun lagi la jawapnya.apapun ASTRO mmg terasa persainganya.

Astro lngsung x trase...cb, tngok kandungam siaran..memang x best langsung...lngsung x de siaran premium...nk rebut hk enyiaran bola mcm epl?
Sykt besar mcm media prima pon x lpas..kbnyakkan orang langgan asteruk sbb skan je
 
Back
Top
Log in Register