BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tutup restoran 24 jam??

akmal92

Junior Member
Messages
88
Joined
Oct 23, 2013
Messages
88
Reaction score
0
Points
6
http://www.utusan.com.my/utusan/Dal...estoran-24-jam-elak-kanak-kanak-obesiti---CAP

PULAU PINANG 14 Nov. - Kerajaan perlu bertindak lebih serius dengan mengehadkan waktu operasi premis makanan di negara ini bagi membendung masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang menjadi salah satu punca wabak diabetis.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, kemudahan restoran 24 jam menggalakkan masyarakat makan pada lewat malam seterusnya mengundang masalah pertambahan berat badan.

Lebih membimbangkan, jelasnya, kemunculan pelbagai restoran makanan segera menawarkan hidangan yang kaya dengan lemak dan garam serta minuman ringan bergula menarik perhatian kanak-kanak yang mana pengambilannya secara berterusan boleh menambah kecenderungan menghidap diabetis.

"Seelok-eloknya kerajaan had waktu operasi premis makanan hingga pukul 9 malam supaya tidak menggalakkan orang ramai makan pada lewat malam.

"Waktu malam adalah untuk tidur, kenapa kita perlu berjaga semata-mata untuk makan," katanya dalam sidang akhbar sempena Hari Diabetis Sedunia di pejabatnya, di sini hari ini.

S.M. Mohamed memberitahu, kajian mendapati paras obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di Asia. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dal...-elak-kanak-kanak-obesiti---CAP#ixzz2kbtoYCuh
© Utusan Melayu (M) Bhd


Alasan plg xmasuk akal setakat ni..hahaha..
ada ke budak2 p cari mkn kul 3 pagi..:eek::eek::eek:
 
Last edited:
haa tutuplah semua restoran kat malaysia nie

ini semua punca obesiti...

marahkan nyamuk kelambu dibakar mmg sesuai..
 
apa ni semua nak dihadkan.. mana kebebasan.. kehkehkehkeh
 
rosmah gendut shoping smpai ke Dubai xda sapa nk halang plk???
 
oii matilah orang2 yg keje sampai lewat malam tu tak makan :(
 
naik harga barang atau kami tutup restoran 24jam? hehe
 
rosmah gendut shoping smpai ke Dubai xda sapa nk halang plk???

gila nak halang... pancung kepala baru tau sapa brani halang. smalam baru je lawatan kerja ( duk intai mana bang najib x nampak. hahaha:eek:
 
boringla sume tutup malam..malamla baru dpt mkn mcd dgn tenang tanpa gangguan anasir2 luar
 
Back
Top
Log in Register